Rabu, 21 November 2018
 
  • Kemaskini Terakhir: 21 November 2018
 
lain
  
3836282
 Hits Pengunjung

Dato’ Mohammad Nor Bin Khalid, Ustaz Ahmad Bin Awang Terima Anugerah Tokoh Ar Ridzuan Dan Maal Hijrah, Perak

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah dalam sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Perak 2018.  

IPOH, 11 SEPTEMBER 2018 - Kartunis terkenal, Dato’ Mohammad Nor Bin Khalid atau dikenali sebagai Lat dan Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia, Ustaz Ahmad Bin Awang menerima anugerah tokoh sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Perak, Selasa.

Dato’ Mohammad Nor Bin Khalid atau lebih dikenali sebagai Dato’ Lat, 67, yang terkenal dengan karya Kampung Boy diumumkan sebagai Tokoh Ar Ridzuan manakala Ustaz Ahmad Bin Awang pula dinobatkan selaku Tokoh Maal Hijrah.

Dato’ Lat yang juga anak kelahiran Kampung Lalang, Gopeng menerbitkan lebih 20 jilid kartun sejak berusia 13 tahun sehinggakan karya Kampung Boy yang diterbitkan pada 1979 membawa nama Malaysia ke serata dunia.

Manakala Ustaz Ahmad Bin Awang yang aktif dalam politik sekitar 1984 pernah menerajui pimpinan Persatuan Ulama Malaysia selama kira-kira 17 tahun dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri yang kini dikenali Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Masing-masing menerima wang tunai RM10,000, pakej umrah, medal, hadiah iringan, plak dan sijil.

Masjid Ar Ridzuan, Parit Buntar pula dipilih sebagai penerima Anugerah Pengurusan Masjid manakala Tanah Perkuburan Islam daerah Hilir Perak menerima Anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan.

Masing-masing menerima wang tunai RM5,000, plak dan sijil yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Sambutan Maal Hijrah di negeri ini bertemakan Menyantuni Umat Membawa Rahmat.

Dato’ Mohammad Nor Bin Khalid, Ustaz Ahmad Bin Awang Terima Anugerah Tokoh Ar Ridzuan Dan Maal Hijrah, Perak

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan hadir ke sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 2018.

Dato’ Mohammad Nor Bin Khalid, Ustaz Ahmad Bin Awang Terima Anugerah Tokoh Ar Ridzuan Dan Maal Hijrah, Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika memberi titah ucapan di Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H di Aman Jaya Convention Centre.

Dato’ Mohammad Nor Bin Khalid, Ustaz Ahmad Bin Awang Terima Anugerah Tokoh Ar Ridzuan Dan Maal Hijrah, Perak

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan pingat tokoh Maal Hijrah peringkat negeri kepada Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia cawangan Malaysia, Ustaz Ahmad Bin Awang.

Dato’ Mohammad Nor Bin Khalid, Ustaz Ahmad Bin Awang Terima Anugerah Tokoh Ar Ridzuan Dan Maal Hijrah, Perak

DYYM Paduka Seri Sultan Perak, berselawat beramai-ramai bersama dif-dif jemputan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1436H.

Sumber : Korporat, SUK Perak.