Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sampaikan 32 Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam : 19 Oktober 2018

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sampaikan 32 Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan melancarkan Modul Fiqh Kesihatan dan Pelancaran Hadis-Hadis Jihad.

IPOH, 19 OKTOBER 2018 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak Tahun 2018 yang diadakan di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak.

Turut berangkat hadir DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Permaisuri Zara. Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Tuan Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan 32 anugerah kecemerlangan kepada para pelajar dan pendidik serta Sijil Pengajian Masjid Negeri Perak yang dianugerahkan kepada 26 orang penerima.

Kerajaan Negeri turut memberikan penghargaan kepada 9 orang hafiz muda daripada beberapa maahad tahfiz di negeri ini yang telah menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Dalam masa yang sama, Sultan Nazrin turut berkenan melancarkan Modul Fiqh Kesihatan (Pemakanan & Kecergasan) dan Hadis-Hadis Jihad hasil usaha Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Sementara itu, Pengarah JAIPk, Dato’ Mohd Yusop Husin menyatakan Modul Fiqh Kesihatan itu merupakan yang pertama dalam negara dan pelaksanaannya akan dibuat di masjid dan surau seluruh negeri secara berperingkat.

Beliau turut menambah, penghasilan buku hadis jihad tersebut bertujuan memperbetulkan persepsi masyarakat mengenai jihad yang ada kalanya membawa kepada perlakuan ekstrem serta bukan terhad kepada peperangan malah melibatkan banyak aspek kehidupan seperti membasmi kemiskinan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sampaikan 32 Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam

Antara Penerima Anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Tahun 2018.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sampaikan 32 Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam

Antara penerima-penerima Anugerah Sijil Pengajian Masjid.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sampaikan 32 Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam

Antara dif-dif kehormat yang menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Sampaikan 32 Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam

Persembahan Angklung dari Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah.

Sumber : Korporat, SUK Perak.