Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Kerajaan Negeri Akan Bina 50,000 Unit Rumah PerakKu : 22 Oktober 2018

Kerajaan Negeri Akan Bina 50,000 Unit Rumah PerakKu

YB Abdul Yunus Bin Jamhari ketika menyampaikan surat tawaran kepada salah seorang peserta RPT Kampung Raja Bashah 2.

PARIT BUNTAR, 22 OKTOBER 2018 - Kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) akan membina 50,000 unit Rumah PerakKu dalam tempoh lima tahun.

YB Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Bin Jamhari berkata pembinaan rumah berkenaan di beberapa lokasi yang dikenal pasti itu membabitkan pembinaan tiga jenis rumah iaitu rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik.

Beliau berkata rumah kos rendah menawarkan harga RM 70,000 (bagi kawasan Daerah) dan RM 90,000 (Bandar), kos sederhana rendah RM 150,000 (Daerah) dan RM 180,00 (Bandar) manakala rumah mampu milik ditawarkan dengan harga RM 250,00 ke bawah.

"Kerajaan negeri komited akan membangunkan rumah bagi memenuhi permintaan rakyat tanpa mengira kaum," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan surat tawaran kepada peserta Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampung Raja Bashah 2, Kuala Kurau.

YB Abdul Yunus Bin Jamhari yang juga Anggota Dewan Undangan negeri (ADUN) Kuala Kurau berkata, sehingga kini LPHP menawarkan 750 unit rumah kos rendah untuk fasa awal projek Rumah PerakKu kepada rakyat negeri ini yang layak.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga sedang membangunkan 4,024 unit rumah kos rendah, kos sederhana dan rumah mampu milik di beberapa lokasi di negeri ini.

Mengulas mengenai program yang berlangsung, beliau berkata sebanyak 60 daripada 62 unit rumah kos rendah diserahkan kepada penduduk setinggan di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampung Raja Bashah 2 di Kuala Kurau.

Menurut beliau, projek membabitkan peruntukan RM3.8 juta termasuk kos infra sebanyak RM1.4 juta itu, mula dibina pada 16 Januari tahun ini dan siap sepenuhnya pada 9 Julai lalu.

Tambah beliau, projek perumahan tiga bilik tidur, satu bilik air dan satu tandas berkeluasan 758 kaki persegi itu dibina secara pasang siap menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dijual dengan harga jualan RM45,000 secara sewa beli.

"Penduduk dikehendaki membayar sewa bulanan RM150 sebelum bagi tempoh 25 tahun dengan diberikan keutamaan kepada golongan berpendapatan isi rumah bawah RM 3,000 sebulan dan belum memiliki rumah.

"Projek ini dibina sebagai penempatan semula setinggan yang asalnya merupakan perkampungan nelayan tepi sungai yang terancam oleh hakisan," ujar beliau.

Kerajaan Negeri Akan Bina 50,000 Unit Rumah PerakKu

YB Abdul Yunus Bin Jamhari ketika menyampaikan surat tawaran kepada salah seorang peserta RPT Kampung Raja Bashah 2.

Kerajaan Negeri Akan Bina 50,000 Unit Rumah PerakKu

YB Abdul Yunus Bin Jamhari ketika melakukan gimik perasmian dengan melakukan lawatan ke rumah contoh RPT Kampung Raja Bashah 2.

Kerajaan Negeri Akan Bina 50,000 Unit Rumah PerakKu

YB Abdul Yunus Bin Jamhari ketika tiba pada program penyampaian surat tawaran kepada peserta RPT Kampung Raja Bashah 2, Kuala Kurau.

Kerajaan Negeri Akan Bina 50,000 Unit Rumah PerakKu

YB Abdul Yunus Bin Jamhari bersama sebahagian daripada peserta RPT Kampung Raja Bashah 2 yang menerima surat tawaran.

Kerajaan Negeri Akan Bina 50,000 Unit Rumah PerakKu

Salah sebuah daripada 62 unit rumah kos rendah yang dibina di RPT Kampung Raja Bashah 2.

Sumber : Korporat, SUK Perak.