Rabu, 21 November 2018
 
  • Kemaskini Terakhir: 21 November 2018
 
lain
  
3836280
 Hits Pengunjung

YAB Menteri Besar Dahului Penerima Pingat Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato' Seri kepada YAB Menteri Besar Perak.

KUALA KANGSAR, 4 NOVEMBER 2018– YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu mendahului 18 penerima Darjah Kebesaran Perak bersempena ulang tahun ke-62 Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.

Selain YAB Menteri Besar, Pro Canselor Universiti Malaya, YABhg Toh Puan Dato' Seri Dr Aishah Ong menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak membawa gelaran Dato' Seri, yang disampaikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Berangkat pada istiadat itu DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, DYTM Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, DYTM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim serta beberapa menteri kabinet dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga berkenan menganugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk kepada 14 individu termasuk YBhg Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof. Dr Mohammad Shatar Bin Sabran dan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Luar, YM Dato' Raja Nurshirwan Bin Zainal Abidin.

Baginda turut mengurniakan Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari yang membawa gelaran Dato' kepada dua penerima iaitu Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuteraan Pertahanan, Brigadier Jeneral Ir Chapiti Bin Haji Redzwan serta Ketua Bahagian Pentadbiran dan Penyelidikan, Maktab Polis Diraja Malaysia SAC Sum Chang Keong.

Terdahulu, baginda berkenan memeriksa kawalan kehormat 106 pegawai dan anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja Dua Divisyen diketuai Mejar Faizal Fadhil.

Pada tahun ini, baginda berkenan menganugerahkan 285 darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri bersempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang disambut Jumaat lepas.

Majlis penganugerahan darjah, bintang dan pingat lain akan disempurnakan pada 10 November ini.

YAB Menteri Besar Dahului Penerima Pingat Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

YAB Menteri Besar Dahului Penerima Pingat Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memeriksa kawalan kehormat sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

YAB Menteri Besar Dahului Penerima Pingat Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa mempersembahkan ucapan tahniah bagi pihak Raja-Raja dan Orang Besar Negeri Perak sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

YAB Menteri Besar Dahului Penerima Pingat Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu mempersembahkan ucapan tahniah bagi pihak kerajaan negeri sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.