Rabu, 21 November 2018
 
  • Kemaskini Terakhir: 21 November 2018
 
lain
  
3836283
 Hits Pengunjung

Belanjawan Negeri Perak 2018: Kerajaan Negeri Fokus Kebajikan Rakyat

Ketua Pegawai Eksekutif Ambank, Encik Eqhwan Bin Mokhzaneen menyampaikan cenderahati berbentuk buku keusahawanan kepada YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu dalam majlis tersebut.

IPOH, 7 NOVEMBER 2018– Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam pembentangan Belanjawan 2019 pada 27 Nov ini.

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu berkata, kerajaan negeri akan menyediakan bantuan kepada rakyat dengan cara yang lebih bersesuaian seperti bantuan makanan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi.

"Jika kerajaan terdahulu memberikan wang sagu hati dan tentunya ada pihak yang membelanjakan wang itu kepada perkara yang tidak penting, sebagai contoh wang itu sepatutnya digunakan untuk membeli makanan tetapi (penerima bantuan) membeli rokok yang sudah tentu membahayakan kesihatan.

"Saya akan umumkannya dalam pembentangan belanjawan tidak lama lagi," kata beliau pada sidang media selepas menyaksikan Memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri bersama Ambank Islamic bagi menjalinkan kerjasama kutipan cukai tanah menerusi sistem pembayaran elektronik JomPAY.

Kerajaan Negeri diwakili YB Pegawai Kewangan negeri, Dato' Abu Bakar Bin Haji Said manakala Ambank Islamic diwakili  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Eqhwan Bin Mokhzanee sambil disaksikan YAB Menteri Besar pada majlis yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak.

Mengulas mengenai MoU yang ditandatangani kedua-dua pihak, YAB Menteri Besar berkata, kerjasama itu akan menggalakkan penggunaan saluran pembayaran digital yang memudahkan proses penyesuaian cukai tanah oleh Kerajaan Negeri.

"Saya bagi pihak Kerajaan Negeri berterima kasih kepada Ambank Islamic yang sudi bekerjasama dan kami mengharapkan kerjasama ini akan memudahkan pelanggan untuk membuat bayaran cukai tanah dengan lebih efisien," kata beliau.

JomPAY membolehkan pembayaran dibuat melalui perbankan internet, perbankan mudah alih serta mesin pengeluaran wang (ATM) pada bila-bila masa yang memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada para pembayar.

Belanjawan Negeri Perak 2018: Kerajaan Negeri Fokus Kebajikan Rakyat

YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Abu Bakar Bin Haji Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Ambank, Encik Eqhwan Bin Mokhzaneen ketika memterai perjanjian kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Belanjawan Negeri Perak 2018: Kerajaan Negeri Fokus Kebajikan Rakyat

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pegawai Eksekutif Ambank, Encik Eqhwan Bin Mokhzaneen dalam majlis berkenaan.

Belanjawan Negeri Perak 2018: Kerajaan Negeri Fokus Kebajikan Rakyat

YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Abu Bakar Bin Haji Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Ambank, Encik Eqhwan Bin Mokhzaneen ketika memeterai perjanjian kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.