Rabu, 19 Disember 2018
 
  • Kemaskini Terakhir: 19 Disember 2018
 
lain
  
4065838
 Hits Pengunjung

Ipoh Bakal Jadi Hub Pembuatan Kasut

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan cenderamata kepada tetamu khas yang juga pereka kasut antarabangsa, YBhg Dato' Prof Dr Jimmy Choo Yeang Keat.

IPOH, 30 NOVEMBER 2018 - Kerajaan negeri akan menjadikan bandar raya Ipoh sebagai hub pembuatan kasut yang terulung dalam negara dengan kewujudan sebuah akademi pembuatan kasut.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan menyediakan kawasan seluas 80.9 hektar untuk akademi tersebut beroperasi.

“Kita akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut untuk merealisasikannya dengan mengembangkan kilang pembuatan kasut sedia ada yang terletak di Pengkalan. Kita bercadang untuk membesarkan kilang tersebut sama ada di Bemban atau Chemor.

“Ini amat kita alu-alukan sekali gus memberi peluang kepada anak-anak muda dalam bidang pembuatan kasut menyertainya kerana bidang TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) antara fokus utama kerajaan negeri,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKNP yang diwakili YBhg Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Mohd Ariff Bin Yeop Ishak dan Jimmy Couture Trend Sdn Bhd yang diwakili pengasasnya, Encik Jimmy Chia Eng Huat.

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman, YB Penasihat Undang-Undang, Dato’ Rohana Binti Abd Malek, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said.

Tuan Mohd Ariff Bin Yeop Ishak dalam ucapan berkata, penubuhan akademi itu akan menyediakan kelengkapan dan kemudahan pembelajaran selain latihan untuk meningkatkan modal insan khususnya usahawan belia dalam bidang fesyen.

Menurutnya, projek Bandar Kasut Ipoh bernilai RM100 juta yang melibatkan pembinaan sebanyak 128 buah kilang di kawasan perindustrian ringan di Pengkalan seluas 10.5 hektar kini dalam pembinaan dan dijangka siap selewat-lewatnya pada 2026.

Beliau berkata pada masa ini, industri pembuatan kasut di Perak mencatatkan perolehan sebanyak RM60 juta setahun.

Ipoh Bakal Jadi Hub Pembuatan Kasut

YBhg Tuan Mohd Ariff Bin Yeop Ishak ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU antara kedua-dua pihak.

Ipoh Bakal Jadi Hub Pembuatan Kasut

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bergambar bersama pereka kasut antarabangsa, YBhg Dato' Prof Dr Jimmy Choo Yeang Keat dalam majlis berkenaan.

Ipoh Bakal Jadi Hub Pembuatan Kasut

YBhg Tuan Mohd Ariff Bin Yeop Ishak bersama Encik Jimmy Chia Eng Huat ketika sesi pertukaran dokumen membabitkan kedua-dua pihak.

Ipoh Bakal Jadi Hub Pembuatan Kasut

YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu  bergambar bersama wakil daripada PKNP dan Couture Trend.

Sumber : Korporat, SUK Perak.