Sabtu, 19 Januari 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 18 Januari 2019
 
lain
  
4272425
 Hits Pengunjung

Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Manjung

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika melakukan lawatan ke tapak cadangan Kompleks Bebas Cukai Pulau Pangkor.

MANJUNG, 7 JANUARI 2019 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman telah melakukan lawatan kerja ke Daerah Manjung.

Dalam lawatan berkenaan YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman telah mengunjungi kawasan sumber air di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jana Manjung selain lokasi cadangan pembinaan kompleks bebas cukai yang merangkumi Jeti Kargo, Jeti Pangkor, Jeti Marina dan Jeti Lumut.

Selain itu, YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman turut melakukan lawatan ke kawasan industri Kampung Acheh, kawasan Lumut Port 2, Sungai Dinding dan Jeti Nelayan Kampung Congo, Batu 1 Lumut.

YB Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman juga meluangkan masa untuk melakukan lawatan ke Kilang Ternakan Ayam di DPDC Segari dan kilang sarung tangan di Kampung Acheh.

Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Manjung

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung.

Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Manjung

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman bersama Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung.

Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Manjung

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika melakukan lawatan kerja ke Kilang Sarung Tangan di kawasan perindustrian Kampung Acheh.

Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Manjung

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman ketika melakukan lawatan ke Kilang Ternakan Ayam DPDC Segari.

Lawatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Ke Daerah Manjung

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman diiringi Pegawai Daerah Manjung ketika lawatan ke Jeti Majlis Perbandaran Manjung.

Sumber : Korporat, SUK Perak.