Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

99 Unit Rumah Perakku PPR Seri Iskandar Telah Diserahkan Kepada Pembeli Berkelayakan : 12 Februari 2019

99 Unit Rumah Perakku Ppr Seri Iskandar Telah Diserahkan Kepada Pembeli Berkelayakan

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu merasmikan rumah PPR Seri Iskandar.

IPOH, 12 FEBRUARI 2019 - Kerajaan negeri telah menyerahkan sebanyak 99 unit rumah Perakku Program Perumahan Rakyat (PPR) di Bandar Iskandar kepada para pembeli yang melepasi had kelayakan.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu berkata, projek perumahan yang siap sepenuhnya pada 28 April musim lalu itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, ruang niaga, tadika, taman permainan dan sebagainya.

Beliau berkata, meskipun kos pembinaan bagi seunit rumah berkenaan bernilai RM158,000 namun ia telah dijual dengan harga RM35,000 sahaja tanpa mengira lot tengah, hujung atau tepi.

“Rumah PPR di Bandar Seri Iskandar ini telah dibina bermula 29 April 2016 dan siap sepenuhnya pada 28 April 2018 dengan tempoh projek hanya mengambil masa selama 24 bulan.

“Walaupun projek ini merupakan milik Jabatan Perumahan Negara tetapi pemilihan bagi peserta terletak di bawah seliaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam ucapan selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku PPR Seri Iskandar di Tapak PPR Seri Iskandar.

Hadir sama YB Pengerusi jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah, Dato’ Seri IR Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, YB Encik Yong Choo Kiong.

Selain itu, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ bin Dato’ Azumu berkata, kerajaan negeri juga telah membina satu unit rumah khas kepada orang kurang upaya (OKU) demi memenuhi permintaan semua rakyat.

“Terdapat sedikit perbezaan di antara unit rumah biasa dan dengan unit rumah OKU di mana dua pintu utamanya akan menggunakan pintu gelongsor dan di bilik air akan disediakan grab bar bagi kemudahan mereka,” katanya.

99 Unit Rumah Perakku Ppr Seri Iskandar Telah Diserahkan Kepada Pembeli Berkelayakan

YAB Menteri Besar, Dato' Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu menyampaikan replika kunci kepada penerima rumah PPR Seri Iskandar, Abdul Muhammad Johari Bin Abdul.

99 Unit Rumah Perakku Ppr Seri Iskandar Telah Diserahkan Kepada Pembeli Berkelayakan

Penerima rumah PPR Seri Iskandar, Fatin Zahilah Binti Zaimi sebak menerima replika kunci yang disampaikan YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu.

99 Unit Rumah Perakku Ppr Seri Iskandar Telah Diserahkan Kepada Pembeli Berkelayakan

Rumah PPR Seri Iskandar yang berharga di antara RM30,000 dan RM35,000 seunit.

99 Unit Rumah Perakku Ppr Seri Iskandar Telah Diserahkan Kepada Pembeli Berkelayakan

Penerima Rumah PPR Seri Iskandar melakukan pendaftaran dalam majlis berkenaan.

99 Unit Rumah Perakku Ppr Seri Iskandar Telah Diserahkan Kepada Pembeli Berkelayakan

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama para penerima rumah PPR Seri Iskandar.

Sumber : Korporat, SUK Perak.