Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

DYMM Raja Permaisuri Perak Berkenan Sempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 Peringkat Negeri Perak : 9 Mac 2019

DYMM Raja Permaisuri Perak Berkenan Sempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 Peringkat Negeri Perak

DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ketika menyempurnakan perasmian sambutan Hari Wanita 2019 peringkat negeri Perak.

IPOH, 9 MAC 2019 - DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 peringkat negeri yang berlangsung di AEON Big Falim.

Turut berangkat pada majlis itu ialah DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 9 Mac lalu itu turut diserikan dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung dari seluruh negeri.

Sementara itu, YB Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Puan Wong May Ing berkata, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM200,000 menerusi Geran 'SEED' (Awal) yang dijangka dilancarkan tahun ini bagi membantu golongan wanita memulakan atau mengembangkan perniagaan berasaskan produk inovasi.

Menurut beliau, syarat-syarat bagi permohonan peruntukan itu akan diperincikan selepas ini.

"Peruntukan ini lebih menyasarkan golongan wanita dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah (B40) supaya mereka memiliki perniagaan sendiri dan seterusnya dapat menyara kehidupan keluarga masing-masing.

"Ini merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk memperkasakan pembangunan wanita di negeri ini.

"Malah, kita turut mengalu-alukan penglibatan syarikat swasta untuk memberi sumbangan dan menyertai kerajaan negeri membantu wanita mengembangkan perniagaan mereka," kata beliau.

Selain itu, beliau berkata satu institusi akan diwujudkan dengan tumpuan kepada perancangan dan hala tuju pembangunan termasuk golongan wanita serta penganjuran pelbagai aktiviti di peringkat negeri. 

"Institusi ini menumpukan usaha pengukuhan wanita dalam dunia usahawan, menarik dan mengekalkan tenaga kerja wanita yang berpendidikan serta berkemahiran tinggi selain mewujudkan kesaksamaan lelaki dan wanita dalam pembangunan ekonomi dan kepimpinan," ujar beliau.

DYMM Raja Permaisuri Perak Berkenan Sempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 Peringkat Negeri Perak

DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim melihat produk makanan yang dijual pada sambutan Hari Wanita 2019 peringkat negeri Perak.
DYMM Raja Permaisuri Perak Berkenan Sempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 Peringkat Negeri Perak DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ketika melawat gerai yang menjual beg tangan wanita pada sambutan Hari Wanita 2019 peringkat negeri Perak.
DYMM Raja Permaisuri Perak Berkenan Sempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 Peringkat Negeri Perak DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ketika melakukan lawatan ke gerai yang dibuka sempena sambutan Hari Wanita 2019 peringkat negeri Perak.
DYMM Raja Permaisuri Perak Berkenan Sempurnakan Perasmian Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 Peringkat Negeri Perak DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim tekun mendengar penerangan diberikan oleh kakitangan PTPTN pada sambutan Hari Wanita 2019 peringkat negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.