Rabu, 26 Jun 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 26 Jun 2019
 
lain
  
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

zakat6

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama tetamu kehormat dalam majlis berbuka puasa terbabit.

KUALA KANGSAR, 18 MEI 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berbuka puasa bersama petugas media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat milik kerajaan dan belia di Istana Iskandariah.

Turut berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu dan isteri, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Bin Dato' Mohammed Radzi.

Beberapa pengurusan tertinggi organisasi media juga turut menghadiri majlis itu.

Baginda turut berkenan menerima cek zakat perniagaan daripada lapan agensi dengan jumlah keseluruhan RM5.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 2018.

Agensi terbabit ialah PLUS Malaysia Berhad (RM4.06juta), Pertubuhan Peladang Negeri Perak (RM457,388.15), Perbadanan Menteri Besar Perak dan Anak-Anak Syarikat (RM330,000), Perak Integrated Network Services Sdn Bhd (RM330,000).

Turut menyerahkan zakat ialah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (RM202,512.44), Universiti Sultan Azlan Shah (RM182,026.60), Koperasi Guru Melayu Perak Berhad (RM106,035.13), Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak (RM105,013.43).

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kemudiannya menyerahkan cek serahan zakat perniagaan kepada Encik Mohd. Haidi Bin Sulaiman yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak (MAIPk).

Dalam pada itu, baginda turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama para tetamu.

zakat5 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika tiba pada Majlis berbuka bersama media dan NGO.
zakat3 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Shah selepas menyerahkan cek serahan zakat perniagaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak, Encik Mohd. Haidi Bin Sulaiman.
zakat1 DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima cek zakat daripada salah seorang wakil agensi dalam majlis itu.
zakat2 Wakil media yang menyertai majlis berbuka puasa berkenaan.
zakat4 Antara wakil media yang terbabit pada majlis berbuka puasa berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.