Rabu, 23 Oktober 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 22 Oktober 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Rasmi Ibu Pejabat JBPM Perak

Anggota JBPM melakukan Persembahan Kebombaan sempena Majlis Perasmian Ibu Pejabat JBPM Perak.

IPOH, 8 JULAI 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan bangunan baharu Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak di Meru Raya.

Berangkat mengiringi baginda ialah DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba baginda disambut YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin dan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu.

Terdahulu, bangunan baharu JBPM Perak yang bernilai RM17.6 juta mula dibina pada 12 September 2011 dan diserahkan secara rasmi pada April 2016.

Bangunan yang didirikan di atas tapak berkeluasan lebih 3.8 hektar itu dilengkapi dengan blok pentadbiran, dewan serba guna, stor logistik, pondok pengawal, rumah sampah, rumah pam dan tempat letak kenderaan.

YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin dalam sembah ucapannya berkata, ibu pejabat baharu itu bukan sekadar mercu tanda bangunan indah semata-mata, sebaliknya simbolik kepada kesediaan dan kesiapsiagaan jabatan berkenaan dalam memberi perkhidmatan kebombaan terbaik kepada rakyat.

“Kelengkapan moden, teknologi canggih serta persekitaran yang kondusif di bangunan ini sudah tentunya dapat menyuntik budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan pegawai yang bertugas.

“Diharap bangunan ini dapat dijadikan sebagai hub keintelektualan bagi membentuk masyarakat yang lebih mengutamakan ciri-ciri persekitaran yang selamat dan sejahtera,” ujar beliau.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Rasmi Ibu Pejabat JBPM Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika berangkat ke Majlis Perasmian Ibu Pejabat JBPM Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Rasmi Ibu Pejabat JBPM Perak DYMM Paduka Seri Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melakukan gimik perasmian Ibu Pejabat JBPM Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Rasmi Ibu Pejabat JBPM Perak DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat JBPM Perak sempena bangunan baharu JBPM Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Rasmi Ibu Pejabat JBPM Perak DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melakukan lawatan ke pameran sempena Majlis Perasmian Ibu Pejabat JBPM Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Rasmi Ibu Pejabat JBPM Perak DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama tetamu kehormat dan anggota JBPM Perak selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat JBPM Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.