Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lancar Buku Tulisan Baginda : 14 Julai 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lancar Buku Tulisan Baginda

Pelancaran Buku 'Striving For Inclusive Development From Pangkor To A Modern Malaysia State'.

KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan buku 'Striving For Inclusive Development: From Pangkor To A Modern Malaysia State' di Hotel St Regis.

Buku yang ditulis baginda itu mencatatkan perkembangan ekonomi Malaysia dan transformasi sosial yang berlaku sejak 150 tahun yang lalu.

Selain itu, buku itu juga merupakan penerbitan kedua baginda selepas naskhah pertama yang dibukukan pada 2017 bertajuk 'Memacu Ekonomi'.

Baginda bertitah, dari zaman kanak-kanak hingga ke hari ini, baginda telah melalui pengalaman bagaimana negara ini berkembang dan moden.

"Beta telah menyaksikan bagaimana nasib rakyat yang berbolak-balik dalam kitaran ekonomi yang sehingga kini masih dan bagaimana mereka secara umumnya berubah dari kehidupan berasaskan pertanian kepada kehidupan di bandar yang makmur. Sesetengah cabaran itu kekal bagaimanapun muncul yang baharu.

"Buku beta mencatatkan sejarah ekonomi negara kita yang menarik sepanjang 150 tahun yang lalu. Ia memperlihatkan ketabahan negara, perubahan institusi, dan sudah tentu 'striving for inclusive develoment'. Malaysia pada hari ini adalah kerana sumbangan kolektif yang telah diberikan oleh semua komuniti, " titah baginda.

Yang turut berangkat ke majlis tersebut, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Universiti Cambridge, Dr Ha-Joon Chang, Pakar Ekonomi Universiti Cambridge, Prof Emiritus Peter J Drake dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Dato' Kamal Bin Khalid.

Sementara itu, DYMM Paduka Seri Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut bertitah, baginda telah mengambil masa hampir dua dekad untuk menghasilkan buku yang merangkumi lebih 500 muka surat.

"Untuk cuba membuka kunci 'rahsia' sejarah, beta telah menjalankan sejumlah penyelidikan, menghabiskan masa dalam arkib yang berdebu dan perpustakaan yang kurang terang.

"Beta juga telah berbincang dengan para cendekiawan dan sejarawan ekonomi dan berunding dengan pakar dalam banyak bidang, terdapat banyak yang perlu dilihat juga disemak," titah baginda lagi.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lancar Buku Tulisan Baginda

Pelancaran Buku 'Striving For Inclusive Development From Pangkor To A Modern Malaysia State'.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Lancar Buku Tulisan Baginda Antara tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.