Sabtu, 21 September 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 20 September 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri Yang Keempat Belas Berlangsung Pada 23 Dan 24 Julai 2019

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Azumu ketika berucap pada persidangan dewan negeri.

IPOH, 23 JULAI 2019 - Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan berlangsung selama dua hari iaitu pada 23 Julai 2019 dan 24 Julai 2019.

Persidangan berkenaan bakal membentangkan perkara berkaitan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Lembaga Muzium Negeri Perak bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan 31 Disember 2017. 

Selain itu, persidangan turut akan membentangkan Laporan Tahunan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak bagi tahun berakhir 31 Disember 2017. 

Dalam perkembangan berkaitan, pembentangan juga berkisar tentang Kertas Makluman Cetakan Baru bagi Buku Kemudahan Elaun dan Keistimewaan Yang Dipertua Dewan Negeri, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri dan Ahli Dewan Negeri berdasarkan Seksyen 5, Enakmen Anggota Pentadbiran dan Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2016. 

Pembentangan dalam persidangan terbabit akan tertumpu terhadap Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak Darul Ridzuan berkaitan Penambahbaikan Urusan Pentadbiran dan Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc).

Selain itu, usul pengisytiharan harta melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk isteri atau suami, anak dan pemegang amanah dalam akuan berkanun juga telah dibentangkan bagi diluluskan dalam persidangan berkenaan.

Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri Yang Keempat Belas Berlangsung Pada 23 Dan 24 Julai 2019 YB Speaker DUN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham memasuki dewan persidangan.
Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri Yang Keempat Belas Berlangsung Pada 23 Dan 24 Julai 2019 Suasana sebelum persidangan dewan negeri bermula.
Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri Yang Keempat Belas Berlangsung Pada 23 Dan 24 Julai 2019 YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beragama Islam membaca doa sebelum persidangan bermula.

Sumber : Korporat, SUK Perak.