Sabtu, 21 September 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 20 September 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Penubuhan KHM Demi Memenuhi Aspirasi Rakyat

YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi, Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abdul Munaim merasmikan program yang berlangsung.

IPOH, 27 JULAI 2019 - Komuniti Harapan Malaysia (KHM) yang ditubuhkan akan dipertanggungjawabkan untuk membantu menyampaikan maklumat kerajaan dan memenuhi aspirasi rakyat serta mengimarahkan semangat perpaduan dalam kalangan mereka.

Dalam hal ini, YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Gobind Singh Deo menegaskan tanggungjawab berat menunggu calon yang dipilih menganggotai jawatankuasa KHM berkenaan.

"Ahli jawatankuasa KHM menggalas tanggungjawab besar dalam membantu mengumpul segala maklum balas mengenai harapan, aspirasi serta isu-isu yang dihadapi komuniti setempat.

"Ini penting supaya maklumat dari bawah sampai kepada kerajaan untuk membolehkan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani dan memenuhi harapan rakyat," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Program Kembara Digital Malaysia Sempena Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinfomasi Sedunia di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru.

Program yang dirasmikan oleh YB Tuan Hasnul Zulkarnain bin Abdul Munaim Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO itu turut dihadiri oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Tuan Howard Lee Chuan How.

Beliau berkata 1,428 KHM disasar ditubuhkan di seluruh negara dan sehingga kini 658 KHM telah diluluskan penubuhannya dalam fasa pertama manakala fasa seterusnya dibuat secara berperingkat.

"Sebanyak 142 KHM akan ditubuhkan di Perak dengan jangkaan keahlian 7,000 orang," kata menteri itu.

Tambah beliau, berdasarkan kertas perancangan, KHM akan dibentuk dengan sekurang-kurangnya 50 orang dari komuniti setempat terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa yang akan mentadbir dan 35 orang lagi sebagai ahli biasa.

Beliau menarik perhatian bahawa pelaksanaan KHM sebagai rakan strategik kerajaan melalui platform yang disediakan Jabatan Penerangan turut menjadi medium bagi menyemai dan memupuk semangat perpaduan serta toleransi dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

"Dengan wujudnya rakan strategik antara rakyat dan kerajaan ini, ia pasti membawa kepada pencapaian pembangunan negara yang mampan kerana mendapat sokongan padu daripada komuniti di peringkat akar umbi," ujar beliau.

Penubuhan KHM Demi Memenuhi Aspirasi Rakyat YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Gobind Singh Deo ketika melawat salah satu gerai pameran yang dibuka sempena program terbabit.
Penubuhan KHM Demi Memenuhi Aspirasi Rakyat YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Gobind Singh Deo mencuba jentera mini yang dibina oleh para pelajar Universiti Multimedia dalam program yang berlangsung.
Penubuhan KHM Demi Memenuhi Aspirasi Rakyat YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Gobind Singh Deo melakukan flag off sempena program yang berlangsung.
Penubuhan KHM Demi Memenuhi Aspirasi Rakyat YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Gobind Singh Deo bersama para penerima dekoder myfreeview yang terdiri dikalangan penduduk kawasan Manjoi.
Penubuhan KHM Demi Memenuhi Aspirasi Rakyat YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Gobind Singh Deo bersama tetamu kehormat yang menghadiri program yang berlangsung.

Sumber : Korporat, SUK Perak.