Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Tauliah Kepada 331 Pegawai Masjid : 1 Ogos 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Tauliah Kepada 331 Pegawai Masjid

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Nazrin Muizzuddin Shah bersama tetamu kehormat yang hadir sempena Majlis Penyampaian Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid (ImamBilal) Peringkat Negeri Perak 2019.

IPOH, 1 OGOS 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan tauliah kepada 331 pegawai masjid (imam/bilal) Zon 2 sempena Majlis Penyampaian Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid (Imam/Bilal) Peringkat Negeri Perak 1440H/2019.

Pada majlis yang berlangsung di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) itu, seramai 140 penerima adalah dari Kuala Kangsar melibatkan 70 masjid dan satu surau diri Jumaat. 

Bagi Gerik pula, penerima adalah seramai 108 orang meliputi 27 masjid dan empat surau diri Jumaat, Lenggong seramai 55 penerima melibatkan 15 masjid, sementara Pengkalan Hulu pula seramai 28 penerima merangkumi tujuh masjid. 

Penyampaian tauliah untuk tempoh tiga tahun itu melibatkan empat zon dengan Zon 1 merangkumi Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping dan Selama. 

Zon 3 pula merangkumi Seri Iskandar, Manjung, Batu Gajah, Kampar dan Ipoh manakala Zon 4 adalah Tapah, Kampung Gajah, Muallim, Bagan Datuk serta Teluk Intan.

Selain itu, tetamu kehormat yang hadir pada majlis itu adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman; YB Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak, Tuan Haji Asmuni Bin Awi; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YB Dato’ Rohana Binti Abdul Malek; YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said; YBhg Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim dan YBhg Pengarah JAIPk, Dato' Haji Mohd Yusop Bin Haji Husin.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Tauliah Kepada 331 Pegawai Masjid Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Majlis Penyampaian Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid (ImamBilal) Peringkat Negeri Perak 2019.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Tauliah Kepada 331 Pegawai Masjid DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bersalaman dengan Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Gerik, Encik Supian Bin Abdul Latif dalam majlis tersebut.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Tauliah Kepada 331 Pegawai Masjid DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan sijil tauliah kepada salah seorang pegawai masjid.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Tauliah Kepada 331 Pegawai Masjid Antara pegawai masjid yang hadir sempena Majlis Penyampaian Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid (Imam Bilal) Peringkat Negeri Perak 2019.

Sumber : Korporat, SUK Perak.