Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Tuanku Zara Salim Berkenan Serikan Sambutan Hari Harimau Sedunia : 3 Ogos 2019

Tuanku Zara Salim Berkenan Serikan Sambutan Hari Harimau Sedunia

DYMM Tuanku Zara Salim bersama tetamu kehormat yang hadir sempena sambutan Hari Harimau Sedunia.

GERIK, 3 OGOS 2019 - DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Sambutan Hari Harimau Sedunia yang diadakan di Taman Inai.

Baginda berangkat tiba di perkarangan taman berkenaan pada kira-kira jam 9.30 pagi diiringi Pengurus Besar Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk) Mohamed Shah Redza Hussein.

Turut berangkat, DYTM Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah, YTM Raja Kecil Besar Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah dan YTM Raja Nazira Safya.

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman; YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Tuan Tan Kar Hing; YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Negeri, Prof. Dr. Abdul Aziz Bin Bari serta Pengurus Besar Perbadanan Taman Negeri Perak, Encik Mohamed Shah Redza Bin Hussein.

Baginda turut berkenan menyaksikan persembahan ‘Tiger Dance’ dan penyerahan buku ‘Orang Asli Jahai of Royal Belum’ serta penyerahan cek daripada Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (RIMAU) kepada PTNPk bagi Program Pasukan Penguat Kuasa Hutan Orang Asli Royal Belum.

Sejurus selepas perasmian, baginda bersama tetamu kehormat lain telah melawat pameran lukisan mural dan Pameran Harimau Malaya, PTNPk dan RIMAU.

Dalam pada itu, program yang dilangsungkan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar Hulu Perak tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan spesies serta habitat harimau yang terdapat di seluruh negara khususnya di Taman Negeri Royal Belum.

Tuanku Zara Salim Berkenan Serikan Sambutan Hari Harimau Sedunia Keberangkatan tiba DYMM Tuanku Zara Salim pada sambutan Hari Harimau Sedunia yang berlangsung di Taman Inai.
Tuanku Zara Salim Berkenan Serikan Sambutan Hari Harimau Sedunia DYMM Tuanku Zara Salim berkenan mendengar penerangan yang diberikan oleh kakitangan Jabatan perhilitan Perak pada sambutan Hari Harimau Sedunia.
Tuanku Zara Salim Berkenan Serikan Sambutan Hari Harimau Sedunia DYMM Tuanku Zara Salim berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak Taska Permata Gerik pada sambutan Hari Harimau Sedunia.
Tuanku Zara Salim Berkenan Serikan Sambutan Hari Harimau Sedunia Antara kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Harimau Sedunia.
Tuanku Zara Salim Berkenan Serikan Sambutan Hari Harimau Sedunia DYMM Tuanku Zara Salim berkenan menyempurnakan gimik perasmian sempena sambutan Hari harimau Sedunia yang berlangsung di Taman Inai.

Sumber : Korporat, SUK Perak.