Isnin, 19 Ogos 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 15 Ogos 2019
 
lain
  
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

500 Individu Sertai Program 10,000 Langkah Merdeka

YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Puan Nor Sham Binti Rahman bersama urusetia program yang terdiri di kalangan kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Perak.

IPOH, 4 OGOS 2019 - Seramai 500 individu telah menyertai Program 10,000 Langkah Merdeka Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2019 yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah.

Antara individu yang mengambil bahagian dalam program tersebut terdiri dari kalangan pelajar sekolah, kakitangan kerajaan dan swasta serta masyarakat setempat.

Program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perak dengan Kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Perak yang bermula sekitar jam 7 pagi itu telah dirasmikan oleh YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Puan Nor Sham Binti Rahman.

Tujuan utama program berkenaan diadakan bukan sahaja untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan cara hidup sihat malah memberi kesedaran bahawa menjaga kesihatan itu sebenarnya adalah hak dan tanggungjawab bersama.

Selain itu, dalam program berkenaan juga turut diadakan aktiviti senamrobik, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna bagi pelajar sekolah rendah dan pertandingan karaoke lagu-lagu patriotik.

500 Individu Sertai Program 10,000 Langkah Merdeka Program 10,000 Langkah Merdeka turut diserikan dengan acara senamrobik yang disertai pelbagai lapisan masyarakat.
500 Individu Sertai Program 10,000 Langkah Merdeka Para peserta yang mengambil bahagian dalam Program 10,000 Langkah Merdeka.
500 Individu Sertai Program 10,000 Langkah Merdeka Para peserta memegang sijil penyertaan masing-masing selepas menyertai Program 10,000 Langkah Merdeka.
500 Individu Sertai Program 10,000 Langkah Merdeka YBrs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Puan Nor Sham Binti Rahman menyempurnakan pelepasan Program 10,000 Langkah Merdeka.

Sumber : Korporat, SUK Perak.