Sabtu, 21 September 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 20 September 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Pejabat LKIM Manjung

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencuba Simulator Bot LKIM ketika lawatan ke ruang pameran agensi tersebut.

LUMUT, 26 OGOS 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan bangunan pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak, Seri Manjung.

Turut berangkat, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Turut hadir, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tuan Sim Tze Tzin serta barisan Exco Kerajaan Negeri Perak. 

Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al-Quran diikuti bacaan doa sebelum baginda berkenan menandatangani plak perasmian bangunan pejabat berkenaan di atas pentas utama sambil disaksikan ratusan rakyat negeri ini yang hadir. 

Sementara itu, YB Timbalan Menteri Pertanian, Tuan Sim Tze Tzin berkata, Perak mempunyai seramai 15,500 nelayan dengan 4201 vesel selain menyumbang secara signifikan kepada sektor akuakultur. 

Beliau berkata, Perak turut muncul sebagai penyumbang terbesar industri perikanan marin Negara iaitu sebanyak 266,556 tan metrik.   

Untuk rekod perancangan pembinaan bangunan baru Pejabat LKIM Perak bermula dengan pemilikan tapak asal oleh LKIM pada April 2011 dan Ketua Pengarah LKIM sebagai Pegawai Penguasa Projek. 

Pembinaan sebuah blok bangunan pejabat empat tingkat di atas lot 13743, Mukim Sitiawan ini menyediakan pelbagai fasiliti kepada warga LKIM Perak seperti sebuah dewan serbaguna, tempat letak kereta berbumbung dan tempat letak kereta tidak berbumbung, satu unit pondok pengawal dan satu unit pencawang elektrik. 

Binaan LKIM Perak yang berkonsepkan seakan Ibu Pejabat LKIM di Pulau Meranti, Puchong, Selangor telah siap sepenuhnya pada 1 Januari 2015. 

Ruang pejabat ini mampu memuatkan 62 kakitangan di mana dilengkapi dengan pejabat urusan bahagian di setiap tingkat seperti Bahagian Khidmat Pengurusan, Bilik Kelab Rekreasi, Kafeteria, Dewan LKIM; Bahagian Industri Asas Tani, Bahagian Audit Dalam, Bahagian Pemasaran & Perlesenan dan lain-lain lagi.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Pejabat LKIM Manjung DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika berangkat ke perasmian bangunan pejabat LKIM Negeri Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Pejabat LKIM Manjung DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menandatangani plak perasmian bangunan Pejabat LKIM Negeri Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Pejabat LKIM Manjung DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melakukan gimik perasmian bangunan Pejabat LKIM Negeri Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Pejabat LKIM Manjung DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melihat replika Bangunan Pejabat LKIM Negeri Perak ketika lawatan ke ruang pameran selepas merasmikan bangunan tersebut.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Rasmi Pejabat LKIM Manjung Bangunan Pejabat LKIM Negeri Perak yang telah dirasmikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sumber : Korporat, SUK Perak.