Sabtu, 21 September 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 20 September 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Kempen Sayangi Sawitku Pupuk Semangat Kecintaan Terhadap Minyak Sawit

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika berucap pada Program Kempen Sayangi Sawitku Bersama Penjawat Awam Negeri Perak.

IPOH, 28 OGOS 2019 - Kerajaan negeri menegaskan Kempen Sayangi Sawitku yang digerakkan oleh Kementerian Industri Utama bertujuan memupuk semangat kecintaan dan kebanggaan terhadap minyak sawit yang menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu berkata, perkara ini penting kerana komoditi sawit sedang berdepan cabaran berikutan ada di kalangan Negara Eropah telah menggerakkan kempen anti-sawit yang didakwa menyebabkan berlaku pelbagai kesan negatif. 

"Kempen ini amat bertepatan tatkala kita sedang berdepan dengan kejatuhan harga komoditi minyak sawit dalam pasaran dunia dan penyebab kepada kepada kejatuhan harga komoditi minyak sawit adalah disebabkan kelemahan permintaan susulan sentimen anti-minyak sawit di Benua Eropah. 

"Selain itu, kempen negatif ini dibuat berlatarbelakangkan kepada andaian bahawa industri sawit dikaitkan dengan aktiviti tidak mesra alam termasuk pembangunan tanaman sawit yang menyebabkan penyahhutanan, kehilangan biodiversiti, pelepasan gas rumah hijau dan juga pemusnahan habitat hidupan liar," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kempen Sayangi Sawitku Bersama Penjawat Awam Negeri Sempena Lawatan Kerja YB Menteri Industri Utama ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. 

Hadir sama YB Menteri Industri Utama, Puan Teresa Kok; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Zainal Azman Bin Abu Seman dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak. 

Beliau berkata, kempen negatif digerakkan Negara Eropah itu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kelapa sawit di mana terdapat 406 ladang dengan keluasan keseluruhan 212,402 hektar yang melibatkan jumlah tenaga buruh seramai 24,036 orang di Perak sehingga Jun 2019. 

"Ini belum mengambil kira jumlah pekerja di 45 buah Kilang Kelapa Sawit, empat buah Kilang Pelumat Isirung Sawit dan empat buah Kilang Penapis yang beroperasi di negeri ini. 

"Bagi saya, perkara ini akan memberi kesan kepada puluhan malahan ratusan ribu pekerja yang berada dalam rantaian pengeluaran, pemprosesan, pembekalan dan peruncitan ekosistem minyak sawit negara terutama di Perak," katanya. 

Selain itu, YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu berharap pihak berwajib akan sentiasa mengadakan pelbagai program bagi mendengar permasalahan pengusaha-pengusaha yang kini berhadapan dengan ketidakstabilan harga komoditi sawit.

Kempen Sayangi Sawitku Pupuk Semangat Kecintaan Terhadap Minyak Sawit YB Menteri Industri Utama, Puan Teresa Kok ketika melakukan lawatan ke ruang pameran selepas Program Kempen Sayangi Sawitku Bersama Penjawat Awam Negeri Perak.
Kempen Sayangi Sawitku Pupuk Semangat Kecintaan Terhadap Minyak Sawit YB Menteri Industri Utama, Puan Teresa Kok ketika berucap pada Program Kempen Sayangi Sawitku Bersama Penjawat Awam Negeri Perak.
Kempen Sayangi Sawitku Pupuk Semangat Kecintaan Terhadap Minyak Sawit YB Menteri Industri Utama, Puan Teresa Kok dan YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu ketika Sesi Perjumpaan Bersama Para Pegawai Kerajaan Negeri di Bilik Gerakan.
Kempen Sayangi Sawitku Pupuk Semangat Kecintaan Terhadap Minyak Sawit YB Menteri Industri Utama, Puan Teresa Kok ketika sesi lawatan kerja rasmi ke Pejabat Menteri Besar Perak.
Kempen Sayangi Sawitku Pupuk Semangat Kecintaan Terhadap Minyak Sawit YB Menteri Industri Utama, Puan Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu bersama Pegawai Kerajaan Negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.