Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Sampaikan Tauliah Lantikan Pegawai Masjid : 15 Oktober 2019

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan  Sampaikan Tauliah Lantikan Pegawai Masjid

Antara penerima tauliah pelantikan pegawai masjid oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

IPOH, 15 OKTOBER 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan tauliah pelantikan pegawai masjid (imam/bilal) meliputi Daerah Parit Buntar, Bagan Serai, Kampung Gajah dan Selama.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu dan YBhg Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Dato' Haji Mohd Yusof Bin Husin.

Pada majlis yang berlangsung di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) itu, seramai 64 penerima adalah dari daerah Parit Buntar melibatkan 31 masjid dan satu surau dirikan sembahyang Jumaat. 

Bagi daerah Bagan Serai pula, penerimanya adalah seramai 36 orang meliputi 35 masjid manakala daerah Kampung Gajah seramai 64 penerima melibatkan 31 masjid dan satu surau dirikan sembahyang Jumaat.

Sementara itu, untuk daerah Selama pula seramai 40 individu meliputi 19 masjid dan satu surau dirikan sembahyang Jumaat turut menerima watikah pelantikan berkenaan. 

Penyampaian tauliah untuk tempoh tiga tahun itu melibatkan empat daerah berkenaan dengan jumlah keseluruhan meliputi 204 penerima.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan  Sampaikan Tauliah Lantikan Pegawai Masjid Bacaan Al-Quran oleh imam Masjid Sultan Azlan Shah.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan  Sampaikan Tauliah Lantikan Pegawai Masjid Antara tetamu-tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.