Selasa, 19 November 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 19 November 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

256 Penjawat Awam Negeri Sertai Innorace Produktiviti Ipoh Food Hunt 2019

Kumpulan Magnum Opus daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah merangkul gelaran Johan Innorace 2019 dengan membawa pulang wang tunai RM700.

IPOH, 31 OKTOBER 2019 - 256 penjawat awam terdiri daripada warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak), Jabatan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pihak Berkuasa Tempatan sekitar negeri Perak telah menyertai Innorace Produktiviti Ipoh Food Hunt 2019.

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Tuan Howard Lee Chuan How berkata, program seumpama ini mampu mencungkil kreativiti dan produktiviti penjawat awam khususnya di Negeri Perak.

“Hasrat program ini adalah untuk meningkatkan produktiviti semua rakyat bukan sahaja dari sudut pandang kerja tetapi dari segi semua aspek iaitu dengan menumpukan satu dari lima teras iaitu perubahan minda atau produktiviti minda.” kata beliau setelah menyempurnakan sesi pelepasan peserta yang bermula di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Turut hadir bersama, YBhg. Ketua Pengarah Perbadanan Inovasi Malaysia (MPC), Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman dan YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Puan Nor Sham binti Rahman.

Innorace pada tahun ini membawa kelainan dengan tema Ipoh Food Hunt yang juga bertujuan untuk mempromosikan makanan pilihan dan tempat-tempat menarik sekitar Bandaraya Ipoh.

Berkonsepkan pertandingan explorace, para peserta diberikan tugasan seperti penghasilan produk, penyelesaian soalan inovasi serta cabaran menghabiskan makanan sebelum mereka memperoleh klu unutk ke lokasi seterusnya.

Pertandingan anjuran Pejabat SUK Perak dengan kerjasama MPC dan Tourism Perak ini dianjurkan bersempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak Tahun 2019.

Terdahulu, YBhg. Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman telah menyempurnakan Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Innorace Produktiviti Ipoh Food Hunt Tahun yang diadakan di Dewan Bankuet.

Kumpulan Magnum Opus daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah merangkul gelaran Johan Innorace 2019 dengan membawa pulang wang tunai RM700, manakala kumpulan Fazura and The Abang-Abang dari Pejabat Kewangan Negeri (PKN) dan Magnificent Four dari Jabatan Agama Islam Perak menjadi naib johan dan tempat ketiga, masing-masing membawa pulang wang tunai RM500 dan RM300.

Tempat keempat pula diperoleh kumpulan Akak-Akak Gojes dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak dengan membawa pulang wang tunai RM200 serta tempat kelima dirangkul oleh kumpulan Korang Berempat dari Pejabat Daerah dan Tanah Manjung dengan membawa pulang wang tunai RM100.

Para pemenang di tempat keenam hingga kesepuluh turut membawa pulang hamper dan sijil penyertaan iaitu Ngah Sumpit dari MBI; The Hornet dari PDT Lenggong; Diva Hot dari Bahagian Khidmat Pengurusan, SUK Perak; Bantei Je dari PDT Kuala Kangsar dan Lady Bug dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Perak.

Selain itu, YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak, Puan Nor Sham binti Rahman turut menyampaikan hadiah kategori khas kepada Girl Power dari PKN bagi Kategori Pakaian Tercantik dan WowForestry dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak bagi Kategori Kumpulan Paling Havoc.

Kategori Penghasilan Produk Terbaik pula diperoleh oleh Maleficent dari Bahagian Pengurusan Maklumat, SUK Perak; Girl Generation dari Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak dan Foodie Doodie dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak.

256 Penjawat Awam Negeri Sertai Innorace Produktiviti Ipoh Food Hunt 2019 YBhg. Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman manyampaikan ucapan di majlis penutup INORACE 2019.
256 Penjawat Awam Negeri Sertai Innorace Produktiviti Ipoh Food Hunt 2019 Antara peserta yang menyertai INORACE kali ini.

256 Penjawat Awam Negeri Sertai Innorace Produktiviti Ipoh Food Hunt 2019

Kumpulan Fazura and The Abang-Abang dari Pejabat Kewangan Negeri (PKN) memenangi tempat kedua INORACE.
256 Penjawat Awam Negeri Sertai Innorace Produktiviti Ipoh Food Hunt 2019 Ketua Pengarah MPC bergambar bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pengurusan dan urusetia di Dataran Dato Sagor.
256 Penjawat Awam Negeri Sertai Innorace Produktiviti Ipoh Food Hunt 2019 Para peserta bergambar beramai-ramai.

Sumber : Korporat, SUK Perak.