Ahad, 15 Disember 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 13 Disember 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bersama Rakyat

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersalaman dengan pengunjung yang hadir.

GOPENG, 17 NOVEMBER 2019 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng.

Turut berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, DYTM Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, DYTM Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, DYAM Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris dan DYAM Raja Puan Muda Besar Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu dan isteri Datin Seri Dr Nomee Ashikin Binti Mohammed Radzi serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak.

Majlis yang diadakan bersempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke-63 yang disambut pada 1 November lepas, turut dihadiri kira-kira 2,000 hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri telah menyiapkan 7,000 unit buah rumah mampu milik untuk projek Rumah PerakKu manakala 11,000 unit lagi, sedang dalam pembinaan khusus untuk golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

"Selain itu, 2,700 keluarga daripada dua belas Rancangan Perkampungan Tersusun mendapat manfaat daripada pelbagai projek infrastruktur dengan peruntukan melibatkan RM5 juta.

"Insya-Allah, semua usaha ini akan diteruskan dalam Belanjawan Negeri Perak 2020 yang dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Jumaat lepas, antaranya jumlah penerima Kad Perak Prihatin akan ditingkatkan kepada 20,000 isi rumah," kata beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, Perak telah berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.3 peratus sepanjang tahun lalu, manakala kadar pengangguran di negeri telah menurun.

"Momentum ini dijangka akan diteruskan untuk tahun ini susulan kemasukan pelaburan berjumlah RM1.72 bilion sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

"Penganjuran Ekspo Antarabangsa Perak (PIEX) 2019 yang melabuhkan tirainya hari ini dijangka akan melonjakkan lagi jumlah pelaburan dan perdagangan negeri ini, dalam menzahirkan hasrat mempelbagaikan aktiviti ekonomi negeri," kata beliau.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bersama Rakyat DYTM Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa turut berkenan hadir ke Majlis Bersama Rakyat.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bersama Rakyat DYAM Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris turut berkenan ke Majlis Bersama Rakyat.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bersama Rakyat Antara orang awam yang hadir di Majlis Bersama Rakyat.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bersama Rakyat Antara persembahan yang diadakan.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berangkat Ke Majlis Bersama Rakyat Antara tetamu VIP yang hadir di majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.