Ahad, 15 Disember 2019
 
  • Kemaskini Terakhir: 13 Disember 2019
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Komuniti Sebagai “Game Changer” – TPM

YB Puan Hannah Yeoh menyempurnakan gimik perasmian PSR Peringkat Negeri Perak di Mydin Meru.

IPOH, 23 NOVEMBER 2019 - Komuniti berupaya menjadi “game changer” serta agen perubahan masyarakat sekiranya diberikan panduan dan latihan yang sistematik, kata YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri.

YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kelauarga dan Masyarakat berkata selain itu komuniti yang bertanggungjawab juga dapat membantu kerajaan menangani isu setempat seperti masalah kebajikan dan sosial.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendokong konsep Pendekatan Berasaskan Komuniti sebagai satu kaedah untuk membantu masyarakat dalam meningkatkan kualiti kehidupan,” katanya.

Teks ucapan YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dibacakan oleh YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa Majlis Perasmian Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Perak di Mydin Meru Raya, Ipoh.

Turut hadir adalah YB Wong May Ing, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan YBrs. Puan Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak

Mengenai PSR, program ini merupakan penghubung  antara masyarakat khususnya golongan yang memerlukan dengan pelbagai agensi kerajaan, sektor korporat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sedia menghulurkan bantuan dan perkhidmatan bagi kesejahteraan rakyat.

PSR di Ipoh merupakan kesinambungan daripada beberapa siri PSR yang dilaksanakan bermula tahun 2018 di Selangor, seterusnya pada tahun 2019 di Johor, Pahang, Sarawak, Kedah dan Melaka serta diharapkan akan diteruskan pada masa akan dating.

YB Puan Hannah Yeoh turut berkesempatan mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri bagi merasmikan Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Anjung Kasih ditubuhkan sebagai  tempat menginap bagi ahli keluarga atau pengiring pesakit di hospital terpilih telah memberi manfaat kepada 4,108 kumpulan sasar di Perak sejak ia mula beroperasi pada tahun 2015 sehingga sekarang dengan kapasiti 35 buah katil.

Di samping itu, YKN juga turut menubuhkan Anjung Singgah, tempat penginapan sementara untuk gelandangan yang mana di Perak telah memberi manfaat kepada 407 gelandangan melalui proses intervansi dan kaunseling yang disediakan sejak tahun 2017 sehingga sekarang.

Terdahulu, 20,000 orang telah menyertai Larian Oren di 13 lokasi di seluruh negara dan Larian Oren Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan di  Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, ipoh.

Program Larian Oren yang diurusetiakan oleh Jabatan Pembangunan  Wanita (JPW) diadakan  sempena sambutan International Day For The Elimination of Violence Against Women yang disambut pada 25 November 2019.

Komuniti Sebagai “Game Changer” – TPM YB Wong May Ing bergambar bersama para peserta sebelum pelepasa Larian Oren.
Komuniti Sebagai “Game Changer” – TPM YB Puan Hannah Yeoh bergambar bersama para pengunjung setelah majlis perasmian.
Komuniti Sebagai “Game Changer” – TPM YB Puan Hannah Yeoh berkesempatan mengunjungi kaunter semakan saman trafik semasa PSR berlangsung.
Komuniti Sebagai “Game Changer” – TPM YB Wong May Ing ketika menyempurnakan perasmian Larian Oren Peringkat Kebangsaan di Bulatan Sultan Azlan Shah.

Sumber : Korporat, SUK Perak.