Rabu, 1 April 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 28 Mac 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Perak Hantar 900 Atlet, Pegawai Ke Sukma Johor 2020

YAB Menteri Besar Perak menerima Watikah Jemputan Rasmi SUKMA Johor 2020 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IPOH, 10 Februari 2020 -  Negeri Perak akan menghantar 900 atlet dan pegawai bagi menyertai acara sukan yang akan dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke- 20 di Johor pada 11 hingga 19 Julai ini.

Perkara ini diumumkan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu selepas menerima kunjungan hormat daripada YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Dr Sahruddin bin Haji Jamal bersama delegasi Johor bagi menyampaikan Watikah Jemputan Rasmi SUKMA Johor 2020 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

YAB Menteri Besar Perak , Dato’ Seri Ahmad Faizal turut berharap kontinjen Perak pada temasya SUKMA kali ini akan membawa pulang lebih banyak pingat emas dengan adanya insentif yang diperkenalkan kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri memang menyiapkan peruntukkan bagi atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas, perak atau gangsa. Jadi diharapkan dengan insentif diperkenalkan ini, mereka akan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi sukan Perak," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan kesediaan kerajaan negeri untuk berkongsi pengalaman dalam penganjuran SUKMA dengan negeri Johor

"Bantuan juga diberi daripada segi nasihat berhubung kekurangan yang pernah kita (Perak) alami, sewaktu menjadi tuan rumah SUKMA 19 supaya tidak berulang.

"Saya percaya Johor telah mengambil iktibar pada penganjuran SUKMA sebelum ini, bagi memastikan SUKMA Johor 2020 akan menjadi yang terbaik. Kita tidak ragu-ragu dengan kebolehan kerajaan negeri Johor," katanya sewaktu sidang media.

Penganjuran SUKMA 2020 bakal mempertandingkan 31 jenis sukan di tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi dan Muar.

Perak Hantar 900 Atlet, Pegawai Ke Sukma Johor 2020

Bacaan doa sebelum taklimat Penganjuran SUKMA Johor 2020 oleh delegasi SUKMA Johor.

Perak Hantar 900 Atlet, Pegawai Ke Sukma Johor 2020

YAB Menteri Besar Perak bersalaman dengan YAB Menteri Besar Johor sempena Penyampaian Watikah Jemputan Rasmi SUKMA Johor 2020.

Perak Hantar 900 Atlet, Pegawai Ke Sukma Johor 2020 YAB Menteri Besar Perak menerima jersi SUKMA Johor 2020.
Perak Hantar 900 Atlet, Pegawai Ke Sukma Johor 2020

YAB Menteri Besar Perak turut mempromosikan Tahun Melawat Johor 2020.

Sumber : Korporat, SUK Perak.