Sabtu, 6 Jun 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 05 Jun 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

YBhg. Dato’ Haji Mohamad Fariz Dilantik Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Perak

YBhg. Dato’ Haji Mohamad Fariz dilantik sebagai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak yang baharu berkuat kuasa 1 April 2020.

IPOH, 10 APRIL 2020 – YBhg. Dato’ Haji Mohamad Fariz dilantik sebagai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak yang baharu berkuat kuasa 1 April 2020.

Watikah pelantikan beliau telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu di Bangunan Perak Darul Ridzuan, sebentar tadi.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.

Pelantikan YBhg. Dato’ Haji Mohamad Fariz ini adalah bagi menggantikan YBhg. Dato’ Rumaizi Baharin yang telah dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh yang juga berkuat kuasa pada 1 April.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Tanah dan Perundangan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Manjung.

Sumber : Korporat, SUK Perak.