Sabtu, 6 Jun 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 05 Jun 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Covid-19: Perak Negeri Pertama Wujudkan IsoCare Centre (ICC) Pantau & Bantu Individu Jalani Isolasi.

YAB Menteri Besar Perak membuat panggilan beberapa individu semasa lawatan ke IsoCare Centre (ICC)

IPOH, 10 APRIL 2020 – Perak menjadi negeri pertama yang mewujudkan IsoCare Centre (ICC) untuk memantau lebih 1,200 rakyat Perak yang diarahkan menjalani isolasi di rumah susulan usaha untuk memecahkan rantaian penularan penularan wabak Covid-19.

Menurut YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, ICC yang ditempatkan di Bangunan Tabung Haji, Ipoh ini telah mula beroperasi pada 2 April 2020 dengan usaha sama PDRM Negeri Perak, Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Majlis Keselamatan Negeri Perak, Jabatan Imigresen, Telekom Malaysia dan tajaan premis serta kos utiliti daripada pihak Tabung Haji.

“Perkara ini iaitu Pusat Panggilan Prihatin Isolasi Covid-19 telah kita ilhamkan hasil daripada dapatan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri yang saya pengerusikan.

“Kita perlu mencari kaedah bagaimana untuk menghalang penularan wabak ini, maka kita adakan satu ‘call centre’ sama juga dengan menubuhkan pusat-pusat isolasi atau pengasingan.

“Saya mendapati usaha yang kita lakukan setakat ini telah berjaya menunjukkan bibit kejayaan dan hari ini kita mempunyai enam anggota bersama dengan empat kaunselor yang bertugas. Namun jika ada keperluan untuk tambah, kita akan tambah.

“Petugas di sini terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai pangkat rendah polis serta pegawai psikologi PDRM Perak dengan kerjasama pegawai kesihatan JKN Perak,” katanya.

Antara kumpulan sasaran pusat panggilan ICC ini adalah individu yang mempunyai kontak kepada kes positif, Person Under Investigation (PUI), Person Under Surveillance (PUS) atau kontak atas kontak serta warga Malaysia yang balik dari melancong dan bekerja di luar negara.

Panggilan yang dibuat dari pusat ICC adalah untuk mengenal pasti keberadaan individu terbabit serta keadaan kesihatan semasa mereka sekiranya ada gejala sesak nafas, batuk, sakit tekak, demam dan cirit-birit.

Dalam pada itu, kebajikan dan keperluan individu dari aspek bekalan makanan, ubatan, keperluan kesihatan dan dialisis individu-individu terbabit turut diambil kira menerusi panggilan dari pusat ini untuk penyelarasan bantuan kepada mereka dari pihak yang berkenaan.

YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu turut mengambil kesempatan untuk membuat panggilan kepada beberapa individu bagi menanyakan khabar dan keadaan semasa mereka sewaktu kunjungan beliau di pusat ICC tersebut.

Covid-19: Perak Negeri Pertama Wujudkan IsoCare Centre (ICC) Pantau & Bantu Individu Jalani Isolasi.

YAB Menteri Besar Perak turut mengambil kesempatan membuat panggilan kepada beberapa individu bagi menanyakan khabar dan keadaan semasa mereka.

Covid-19: Perak Negeri Pertama Wujudkan IsoCare Centre (ICC) Pantau & Bantu Individu Jalani Isolasi.

YAB Menteri Besar Perak melawat ke IsoCare Centre (ICC) yang bertempat di Bangunan Tabung Haji

Sumber : Korporat, SUK Perak.