Sabtu, 6 Jun 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 05 Jun 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Covid-19: Persatuan Pelabur-Pelabur Taipei Dan Ladang Moccis Beri Sumbangan Untuk Tabung Bencana Dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak

Sesi bergambar bersama wakil Pelabur-Pelabur Taipei dan wakil Ladang Moccis Sdn Bhd

IPOH, 13 APRIL 2020 - YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu telah menerima sumbangan sebanyak RM111,000 dan RM50,000 daripada Persatuan Pelabur-Pelabur Taipei dan Ladang Moccis Sdn Bhd untuk disalurkan  ke Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil Persatuan Pelabur-Pelabur Taipei, Dato’ Chiang Jung-Hsun dan Pengerusi Eksekutif Ladang Moccis Sdn Bhd di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Dengan sumbangan hari ini, jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima oleh kerajaan negeri bagi memerangi wabak Covid-19 dan membantu golongan sasar adalah sebanyak RM12.425 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal mewakili Kerajaan Negeri Perak menzahirkan penghargaan ke atas sumbangan tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma budiman dan mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat swasta dan badan korporat.

“Sumbangan kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak boleh disalurkan melalui akaun Bendahari Negeri Perak CIMB Islamik di nombor akaun 8601170183,” ujar beliau.

Covid-19: Persatuan Pelabur-Pelabur Taipei Dan Ladang Moccis Beri Sumbangan Untuk Tabung Bencana Dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak

YAB Menteri Besar Perak Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu menerima sumbangan berjumlah RM111,000,00 daripada Pelabur-Pelabur Taipei.

Covid-19: Persatuan Pelabur-Pelabur Taipei Dan Ladang Moccis Beri Sumbangan Untuk Tabung Bencana Dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak

YAB Menteri Besar Perak Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu menerima sumbangan RM50,000 daripada Ladang Moccis Sdn Bhd

Covid-19: Persatuan Pelabur-Pelabur Taipei Dan Ladang Moccis Beri Sumbangan Untuk Tabung Bencana Dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak

Sumbangan daripada Pelabur-Pelabur Taipei dan Ladang Moccis Sdn Bhd

Sumber : Korporat, SUK Perak.