Sabtu, 6 Jun 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 05 Jun 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Covid-19: DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim & YTM Raja Dato’ Seri Eleena Kurnia 1,250 Pelindung Muka Untuk Petugas Barisan Hadapan

Sumbangan ini diserahkan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Encik Mohd Ghopran bin Yeop Hamzah.

IPOH, 13 APRIL 2020 – DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan YTM Raja Dato’ Seri Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan mengurniakan sumbangan pelindung muka buat petugas barisan hadapan di Negeri Perak.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, bagi pihak Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah menyerahkan sumbangan baginda kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Encik Mohamad Ghopran bin Yeop Hamzah dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berkata sumbangan sebanyak 1,250 pelindung muka ini merupakan usaha dan inisiatif DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan YTM Raja Dato’ Seri Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-lah bagi membantu memenuhi keperluan tersebut buat petugas barisan hadapan terutama di hospital-hospital dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan YTM Raja Dato’ Seri Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-lah atas sumbangan baginda ini.

“Semoga usaha dan inisiatif baginda menjadi pencetus serta dorongan semangat seluruh petugas barisan hadapan dalam meneruskan perjuangan memerangi wabak pandemik yang hari ini kian mengancam ke seluruh dunia,” ujar beliau.

Covid-19: DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim & YTM Raja Dato’ Seri Eleena Kurnia 1,250 Pelindung Muka Untuk Petugas Barisan Hadapan

Sumbangan ini diserahkan oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak

Covid-19: DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim & YTM Raja Dato’ Seri Eleena Kurnia 1,250 Pelindung Muka Untuk Petugas Barisan Hadapan

Sumbangan 'faceshield' kepada petugas barisan hadapan.

Covid-19: DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim & YTM Raja Dato’ Seri Eleena Kurnia 1,250 Pelindung Muka Untuk Petugas Barisan Hadapan

Kotak sumbangan 'faceshield' daripada DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan YTM Raja Dato' Seri Eleena.

Sumber : Korporat, SUK Perak.