Sabtu, 6 Jun 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 05 Jun 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Covid-19: Kerajaan Negeri Perak Terima Sumbangan Sektor Korporat Bagi Memperkasa Misi Perangi Wabak Covid-19 Dan Membantu Golongan Sasar

Sesi bergambar bersama penyumbang-penyumbang.

IPOH, 16 APRIL 2020 – Kerajaan Negeri Perak hari ini menerima sumbangan dari tiga syarikat swasta bagi terus memperkasa misi perangi wabak Covid-19 serta membantu golongan sasar yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumbangan dari ketiga-tiga syarikat ini telah disampaikan kepada YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu dalam satu majlis ringkas di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sumbangan sebanyak 300 unit High Quality Personal Protection Equipment (PPE);15,000 keping Disposable Face Mask dan 500 botol Hand Sanitizer telah diterima dari Techlab Security Sdn Bhd yang disampaikan oleh wakil syarikat, Encik Khalid Adam bin Abdul Aziz.

Seterusnya, KBY Holding yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutif, Dato’ Koh Be Yang turut menyumbangkan High Quality PPE untuk kegunaan para petugas barisan hadapan.

Selain itu, Puncak Emas Infra Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengurus Besar, Dato’ Mazelan Bin Mohamed menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Ipoh Central Kitchen dan RM50,000 lagi untuk Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak.

Hadir sama dalam majlis berikut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim; Pegawai Kewangan Negeri; YB Dato’ Zulazlan Bin Abu Hassan, Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr Afifi Al-Akiti dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, YBhg. Dato’ Dr Ding Lay Ming.

Covid-19: Kerajaan Negeri Perak Terima Sumbangan Sektor Korporat Bagi Memperkasa Misi Perangi Wabak Covid-19 Dan Membantu Golongan Sasar

YAB Menteri Besar Perak menerima sumbangan sebanyak 300 unit High Quality Personal Protection Equipment (PPE); 15,000 keping Disposable Face Mask dan 500 botol Hand.

Covid-19: Kerajaan Negeri Perak Terima Sumbangan Sektor Korporat Bagi Memperkasa Misi Perangi Wabak Covid-19 Dan Membantu Golongan Sasar

YAB Menteri Besar Perak menerima sumbangan daripada KBY Holding.

Covid-19: Kerajaan Negeri Perak Terima Sumbangan Sektor Korporat Bagi Memperkasa Misi Perangi Wabak Covid-19 Dan Membantu Golongan Sasar

YAB Menteri Besar Perak Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu menerima sumbangan daripada Puncak Emas Infra Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengurus Besar, Dato Mazelan bin Mohamed.

Sumber : Korporat, SUK Perak.