Sabtu, 6 Jun 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 05 Jun 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Tiga Lagi ADUN Angkat Sumpah Exco Perak

Ketibaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

IPOH, 12 Mei 2020 -  Tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Tiga Exco yang mengangkat sumpah hari ini adalah YB Dato' Haji Mohd Zolkafly Bin Harun, ADUN Lintang; YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, ADUN Changkat Jering dan YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed, ADUN Bota.

Menurut kenyataan rasmi YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan hari ini telah berlangsung secara ringkas sebelum Istiadat Pembukaan Perasmian Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Keempat Belas Negeri Perak Darul Ridzuan berlangsung pagi ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pelantikan Ahli MMK Negeri Perak ini adalah bagi mengisi tiga portfolio MMK yang kini dipangku oleh tiga ahli MMK sedia ada seperti mana diumumkan YAB Menteri Besar Perak pada 7 April yang lalu sekali gus melengkapkan pembentukan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, selari dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tiga Lagi ADUN Angkat Sumpah Exco Perak

Sesi bergambar ADUN dan EXCO Kerajaan Negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.