Sabtu, 6 Jun 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 05 Jun 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

YB Dato’ Mohamad Zahir Dilantik Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak Yang Baharu

Angkat Sumpah Dato' Mohamad Zahir Abdul Khalid dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baharu menggantikan Datuk Ngeh Koo Ham.

IPOH, 12 Mei 2020 – YB Dato’ Mohamad Zahir Abdul Khalid yang juga mantan EXCO Perak telah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baharu menggantikan YB Dato’ Ngeh Koo Ham.

Pencalonan YB Dato’ Mohamad Zahir, 52, sebagai Yang Dipertua DUN Perak telah diusulkan oleh YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu yang juga ADUN Chenderiang dan disokong oleh YB Dato’ Saarani Mohamad, ADUN Kota Tampan  bersama-sama 32 wakil rakyat kerajaan serta tiga ADUN Bebas pada persidangan DUN Perak di sini, hari ini.

YB Dato’ Mohamad Zahir berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang daripada Universiti Leeds, England dan memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum berkhidmat sebagai Perancang Korporat di MARA Holdings.

Selepas terpilih sebagai ADUN Kamunting pada 2008, Dato’ Mohamad Zahir dilantik sebagai Exco dari 2009 sehingga 2018.

Sementara itu, YB Dato’ Saarani Mohamad turut mengusulkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri digantikan dengan mencadangkan YB Khalil Yahya, ADUN Kubu Gajah.

Usul tersebut disokong oleh YB Razman Zakaria, ADUN Semanggol dan mendapat sokongan sebulat suara.

Persidangan DUN yang berlangsung selama satu hari ini, berbeza dari tahun-tahun sebelumnya apabila buat pertama kalinya persidangan dilangsungkan di dalam bulan Ramadan selain mengehadkan jemputan bagi memberi ruang kesemua ADUN mematuhi penjarakan sosial sepanjang tempoh bersidang.

YB Dato’ Mohamad Zahir Dilantik Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak Yang Baharu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahya menggantikan ADUN Behrang, Aminuddin Zulkipli.

YB Dato’ Mohamad Zahir Dilantik Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak Yang Baharu

Sesi bergambar DUN.

Sumber : Korporat, SUK Perak.