Isnin, 3 Ogos 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 03 Ogos 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

1,038 Keluarga, 48 Pertubuhan Terima Kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah

Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan berkenan menyampaikan kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah.

KUALA KANGSAR, 25 Julai 2020 – Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah berkenan menyampaikan kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah kepada 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 1,038 keluarga yang kurang berkemampuan di negeri Perak.

Sumbangan kepada NGO diharapkan dapat dinikmati secara terus oleh anak-anak yatim, warga emas, orang kelainan upaya dan golongan yang kurang berkemampuan, menerusi program anjuran badan berkenaan sama ada dalam bentuk pendidikan atau latihan kemahiran, majlis keraian atau pun dalam bentuk bantuan kewangan atau barangan keperluan bagi mereka memerlukan sokongan.

Selain itu, sumbangan dalam bentuk barangan asas untuk 1,038 keluarga yang telah dikenal pasti akan disalurkan menerusi Orang Besar Jajahan di 8 daerah yang terlibat iaitu, Daerah Kuala Kangsar, Daerah Hilir Perak, Daerah Kinta, Daerah Kampar, Daerah Muallim, Daerah Bagan Datuk, Daerah Batang Padang dan Daerah Hulu Perak.

Sumbangan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan rakyat yang terjejas susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia khususnya di negeri Perak ketika ini.

1,038 Keluarga, 48 Pertubuhan Terima Kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah

Penerima kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah.

1,038 Keluarga, 48 Pertubuhan Terima Kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah

Antara penerima kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah.

Sumber : Korporat, SUK Perak.