Isnin, 3 Ogos 2020
 
  • Kemaskini Terakhir: 03 Ogos 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Sambutan Bulan Kebangsaan Negeri Perak Disambut Secara Fizikal Dan Maya – YAB Menteri Besar Perak

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang tahun ini disambut dengan norma baharu selaras pelaksanaan SOP PKPP.

IPOH, 28 Julai 2020 – Sambutan Bulan Kebangsaan di negeri Perak pada tahun ini membawa kelainan dari tahun-tahun sebelum ini apabila disambut secara hybrid yang menggabungkan dua kaedah iaiatu secara fizikal dan digital.

Menurut YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, penganjuran program pada tahun ini mengguna pendekatan penyertaan dari rumah dan beliau berharap rakyat Perak dapat menyertai program yang dilaksanakan sekali gus menjadi sebahagian daripada keseluruhan Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

“Program-program ini perlu dilaksanakan bagi mengekalkan momentum suasana sambutan dan mengekalkan tradisi sebagai tanda syukur kepada perjuangan lampau.

“Tidak kira di pihak individu, organisasi atau jabatan, kita perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghangatkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan,”katanya.

Beliau berkata sedemikian semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 yang dianjurkan bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Penerangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan; YB Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan, serta barisan EXCO Kerajaan Negeri.

Sempena Bulan Kebangsaan pada tahun ini, lima program utama akan dilaksanakan mengikut SOP PKPP iaitu Momen Merdeka yang menggalakkan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing dan kemudian memuat naik gambar ekspresi merdeka ke platform media sosial.

Program Merdeka Community Bonding juga diperkenalkan dengan merakam aktiviti komuniti setempat menghiasi Jalur Gemilang di kediaman terpilih dan merakam nyanyian lagu patriotik secara beramai-ramai.

Pertandingan Warna Warni Merdeka juga diperkenalkan dengan menggalakan masyarakat melaksanakan program-program keceriaan bertemakan kemerdekaan dan mengadakan pertandingan-pertandingan secara digital.

Selain itu juga, program Bicara Kemerdekaan dan Doa Untuk Malaysia turut diadakan begitu juga Merdeka Talk yang akan membicarakan topik-topik kemerdekaan dari perspektif media serta tokoh-tokoh terkemuka anak kelahiran Perak.

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang ke setiap daerah di negeri ini akan turut diadakan bermula 28 Julai hingga 30 Ogos.

Sambutan Bulan Kebangsaan Negeri Perak Disambut Secara Fizikal Dan Maya – YAB Menteri Besar Perak

Kumpulan Selendang Perak mempersembahkan nyanyian lagu Jalur Gemilang.

Sambutan Bulan Kebangsaan Negeri Perak Disambut Secara Fizikal Dan Maya – YAB Menteri Besar Perak

YAB Menteri Besar Perak beramah mesra bersama peserta Konvoi Kembara Merdeka.

Sambutan Bulan Kebangsaan Negeri Perak Disambut Secara Fizikal Dan Maya – YAB Menteri Besar Perak

YAB Menteri Besar Perak ketika melepaskan Konvoi Kembara Merdeka.

Sumber : Korporat, SUK Perak.