Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Retreat YB SUK Bersama Penghulu-Penghulu Negeri Perak.: 7 September 2020

Retreat YB SUK Bersama Penghulu-Penghulu Negeri Perak.: 7 September 2020

YB SUK menunjukkan Resolusi Retreat YB SUK Bersama Penghulu Negeri Perak.

IPOH, 7 September 2020 – Seramai 88 orang Penghulu dari seluruh negeri Perak telah menghadiri Retreat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim bersama penghulu-penghulu negeri ini yang berlangsung di Casuarina@Meru.

Retreat ini diadakan bertujuan untuk merancang secara komprehensif penambahbaikan tugas dan sasaran kerja supaya lebih efektif untuk diseragamkan di seluruh pentadbiran Penghulu Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dalam masa yang sama, turut diadakan satu forum khas berkenaan Peranan Penghulu dalam memartabatkan Institusi Diraja yang telah disampaikan oleh dua panel jemputan iaitu YDH Toh Amar Seri DiRaja Dato’ Seri Ayop bin Hashim, Orang Besar Enam Bela dan Tuan Hai Abdullah bin Yusof, Pengerusi Kesatuan Pengulu Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Perak.

Hadir sama dalam majlis penutup adalah YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.