Selasa, 29 September 2020
 
  • Tarikh Kemaskini: 23 September 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK BERKENAN TERIMA ZAKAT RM25.8 JUTA BAGI PIHAK MAIPK

DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan menerima zakat perniagaan daripada CEO Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Tuan Haji Yahanis bin Yahya.

IPOH, 26 Ogos 2020 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan bernilai lebih RM25.8 juta daripada 20 agensi di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.

Dalam majlis tersebut, Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili pengerusinya, YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid telah mengemukakan bayaran zakat perniagaan tertinggi bagi tahun kewangan berakhir 2019 iaitu sebanyak RM7,687,022.14 diikuti Lembaga Tabung Haji Perak RM5,973,516.04.

Manakala, Lembaga Air Perak (LAP) menyerahkan sejumlah RM5,152,000 zakat perniagaan kepada baginda, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM1,549,000), Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (RM1,074,417.78) dan Puncak Emas Infra Sdn Bhd berjumlah RM700,110.

Turut berbuat demikian, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak sebanyak RM691,571.93, Pertubuhan Peladang Perak (RM506,470.25), Perak Integrated Network Services Sdn Bhd (RM325,000), Perbadanan Menteri Besar berjumlah RM305,000.

Seterusnya, Qsr Brands (M) Holdings Sdn Bhd berjumlah RM298,878, Ladang Moccis Sdn Bhd (RM256,440.69), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (RM250,000), Agro Bank sebanyak RM234,559.00.

Turut hadir menyampaikan bayaran zakat tersebut adalah Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak berjumlah RM232,364.44, Gas Malaysia Berhad (RM200,000), Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak (RM125,771), Koperasi Co-Opbank Pertama Malaysia Berhad (RM125,550.55), Felcra Berhad Wilayah Perak (RM107,841.30) dan Koperasi Guru Melayu Perak berjumlah RM51,247.68.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kemudian berkenan menyerahkan semua cek berkenaan kepada Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Nordin.

Turut hadir dalam majlis yang sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin dan YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan.

Majlis berkenaan berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK BERKENAN TERIMA ZAKAT RM25.8 JUTA BAGI PIHAK MAIPK

DYMM Paduka Seri Sultan Perak menerima zakat perniagaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Tuan Mohd Arif bin Yeop Ishak

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK BERKENAN TERIMA ZAKAT RM25.8 JUTA BAGI PIHAK MAIPK

DYMM Paduka Seri Sultan Perak menerima zakat perniagaan daripada Pengerusi, YB Dato' Seri Mahdzir Khalid.

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK BERKENAN TERIMA ZAKAT RM25.8 JUTA BAGI PIHAK MAIPK

Majlis Penyerahan Zakat hari ini dijalankan dengan mematuhi SOP PKPP.

Sumber : Korporat, SUK Perak.