Selasa, 29 September 2020
 
  • Tarikh Kemaskini: 23 September 2020
 
lain
faq2 seperator hubungi2 seperator maklumbalas2 seperator peta2
Soalan Lazim Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman

Kejohanan Menembak Piala Pegawai Daerah Kinta Tahun 2020.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul menyampaikan ucapan perasmian majlis program tersebut

IPOH, 6 September 2020 – Pegawai Daerah (DO) dan Yang Dipertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Perak telah menyertai Kejohanan Menembak Piala Pegawai Daerah Kinta Tahun 2020 yang diadakan di Lapang Sasar, Padang Tembak, Ipoh.

Kejohanan anjuran Kelab PETANDA Ipoh dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini turut disertai beberapa jemputan khas yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, Orang Besar Jajahan dan wakil pegawai dari Pejabat YAB Menteri Besar Perak.

Terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu kategori individu dan kategori berkumpulan, kejohanan ini telah disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.

Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin, YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Dato’ Zulazlan bin Abu Hassan.

Johan bagi kategori berkumpulan untuk kejohanan kali ini adalah Kumpulan Walther, tempat kedua adalah Kumpulan Sig Sayer dan tempat ketiga dirangkul oleh Kumpulan Steyr.

Manakala johan bagi kategori individu (jemputan khas) telah dirangkul oleh Puan Halizah binti Sipun, tempat kedua adalah Tuan Kamarul Idzham bin Kamal, Pengarah RELA Negeri Perak dan YB Tuan Azmir Shah mendapat tempat ketiga.

Selain itu, Tuan Haji Meor Hezbullah bin Meor Abd Malik, DO Kinta telah menjuarai kategori individu (DO&YDP); Encik Abdul Halim bin Saad, YDP Majlis Daerah Kampar di tempat kedua dan Encik Zulhisham bin Ahmad Shukori, DO Manjung di tempat ketiga kategori yang sama.

Dalam kejohanan yang diadakan julung kali ini, Puan Halizah binti Sipun telah menjadi johan keseluruhan dengan memperoleh mata tertinggi dan membawa pulang piala pusingan Kejohanan Menembak Piala Pegawai Daerah Kinta Tahun 2020.

Kejohanan Menembak Piala Pegawai Daerah Kinta Tahun 2020.

Gimik Perasmian yang dirasmikan oleh YB SUK Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.

Kejohanan Menembak Piala Pegawai Daerah Kinta Tahun 2020.

Gimik Perasmian acara menembak

Kejohanan Menembak Piala Pegawai Daerah Kinta Tahun 2020.

YB Penasihat Undang-undang turut serta di dalam pertandingan ini

Kejohanan Menembak Piala Pegawai Daerah Kinta Tahun 2020.

Puan Haliza Sipun turut serta bagi cara menembak peringkat individu

Sumber : Korporat, SUK Perak.