Rabu, 21 November 2018
 
  • Kemaskini Terakhir: 21 November 2018
 
lain
  
3836288
 Hits Pengunjung


Liga PBI
Pemain SUK Perak, meraikan kejayaan menjulang Piala Liga PBI.

IPOH, 1 SEPTEMBER 2015 - Pasukan Bola Sepak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak telah dinobatkan selaku johan Liga Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI) setelah menewaskan pasukan Carsem Crew FC, 5-2 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Perak.

Selaku johan, SUK Perak menerima Piala Pusingan, Piala Iringan dan wang tunai berjumlah RM 4,000 yang disampaikan sendiri oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan.

Kemenangan ini lebih bermakna apabila Pemain SUK Perak, Mohd Faizul Azuan dinobatkan selaku pemain terbaik pada perlawanan akhir tersebut.

Kemenangan ini sekaligus melayakkan Pasukan Bola Sepak SUK Perak untuk beraksi secara automatik di Liga Perdana Ipoh pada tahun hadapan.

Pada perlawanan Akhir tersebut, SUK Perak mendahului Carsem Crew FC, 3-1 pada separuh masa pertama hasil jaringan Mohd Faizul Azuan pada minit ke-11, ke- 24, dan Syahiran Jasni pada minit ke-17 manakala Carsem Crew FC memperolehi jaringan melalui Raja Nor Asyraf pada minit ke- 31.

Terdesak mencari gol bagi menyamakan kedudukan, Carsem Crew FC menggandakan asakan di separuh masa kedua, namun usaha mereka sedikit terencat apabila seorang pemain mereka dibuang padang setelah mendapat kad kuning kedua apabila mengasari pemain SUK Perak. Kesempatan ini diambil pemain SUK Perak yang menambah lagi 2 jaringan melalui Mohd Fairuz pada minit ke-65 dan Syamsul Anwar minit ke-69. Gol kedua Carsem Crew FC pula dijaringkan Muhammad Hafiz pada minit ke-66.

Turut hadir menyaksikan perlawan akhir tersebut, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Bola Sepak Ipoh, Datuk Azhar bin Ahmad.

Jurulatih Pasukan SUK Perak, En Addy bin Ahmad berkata, beliau berpuas hati dengan komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh setiap pemain. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB SUK yang begitu banyak memberi sokongan selain daripada pihak pengurusan yang sentiasa bekerjasama dalam membantu kejayaan pasukan.

“Terima kasih kepada pemain yang telah memberi sokongan dan komitmen yang begitu baik bagi membantu menjayakan pasukan hingga berjaya ke tahap ini. Walaupun baru pertama kali menyertainya, komitmen dan disiplin yang dipamerkan telah membantu Pasukan Bola Sepak SUK Perak dinobatkan selaku johan liga PBI.

Pasukan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan kerana atas sokongan kuat dan saranan beliau lah, Pasukan Bola Sepak SUK Perak ditubuhkan bagi menyertai liga PBI tahun 2015 sehingga beroleh kejayaan.” kata jurulatih Pasukan SUK Perak.

En Addy bin Ahmad berkata , sasaran Pasukan SUK seterusnya adalah mendapatkan tempat terbaik pada Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2015 setelah Pasukan Bola Sepak SUK Perak sebelum ini sekadar berpuas hati apabila terkandas di peringkat kumpulan. 

Pasukan Bola Sepak SUK Perak diundi berada di Kumpulan B bersama-sama pasukan Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan Majlis Daerah Tapah pada Sukan PBT 2015 yang akan diadakan Oktober tahun ini.

Liga PBI

YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan menyampaikan Piala Pusingan Liga PBI kepada ketua pasukan SUK Perak.

Liga PBI

YB Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan mengalungkan pingat kepada pemain-pemain SUK Perak.

Liga PBI

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan memberi ucapan tahniah kepada pemain SUK Perak yang dinobatkan selaku johan.

Liga PBI

Pemain SUK Perak bergambar sebelum perlawanan akhir Liga Persatuan Bola Sepak Ipoh.

Liga PBI

Mohd Faizul Azuan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Liga Persatuan Bola Sepak Ipoh.

Sumber: Korporat, SUK Perak.