Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Selawat Perdana Menjelang Tahun 2017 : 1 Januari 2017

Selawat Perdana

Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf memimpin bacaan selawat menjelang detik 12 malam.

LUMUT, 1 JANUARI 2017 - Bagi menyambut ketibaan Tahun 2017, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir bersama kira-kira 8,000 orang khususnya penduduk di sekitar Negeri Perak menyertai Program Selawat Perdana anjuran Yayasan Kebajikan Islam Darul Ridzuan (Kadir) dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Stadium Pangkalan TLDM.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran tokoh qasidah terkenal Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf. Turut hadir YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan Mohamad Ramli dan Panglima Bantuan TLDM, Laksamana Madya Dato’ Abdul Ghani Othman.

Selain warga TLDM, program yang bermula pada pukul 6.30 petang itu turut dihadiri pelajar sekolah tahfiz di seluruh negeri.

Program Selawat Perdana sempena menyambut ketibaan Tahun 2017 ini dimulakan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah yang dipimpin oleh imam dan bilal jemputan TLDM.

Terdahulu turut diadakan bacaan ayat suci al-Quran dan persembahan qasidah daripada kumpulan qasidah tempatan iaitu Qasidah Ash-Sohabah dan Ahbabul Barakah.

Sambutan menantikan detik 12 malam menjelang tahun 2017 turut diiringi bacaan selawat yang dipimpin Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf bersama para kenamaan dan hadirin.

Selawat Perdana

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir memimpin bacaan doa akhir dan awal tahun baharu.

Selawat Perdana

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir memberi ucapan sempena Program Selawat Perdana Menjelang Tahun 2017.

Selawat Perdana

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir bersama-sama tokoh qasidah terkenal Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf.

Selawat Perdana

Program Selawat Perdana sempena menyambut ketibaan Tahun 2017 ini dimulakan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah yang dipimpin oleh imam dan bilal jemputan.

Selawat Perdana

Selain warga TLDM, program yang bermula pada pukul 6.30 petang itu turut dihadiri masyarakat setempat dan pelajar sekolah tahfiz di seluruh negeri Perak.

Selawat Perdana

Kira-kira 8,000 orang menghadiri Program Selawat Perdana menjelang Tahun 2017 di Stadium Pangkalan TLDM.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

ÂÂÂÂ