Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Majlis Penyerahan Kunci PPR Amanjaya Parit Haji Wahab : 15 Mac 2017

Majlis Penyerahan Kunci PPR Amanjaya Parit Haji Wahab : 15 Mac 2017 width=

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Hartanah Perak, Mohammed Nasser Abdul Razak menyerahkan kunci rumah kepada En Zainal Bin Mat.

PARIT BUNTAR, 15 MAC 2017 - Seramai 10 orang pemohon telah menerima kunci bagi menduduki rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Amanjaya Parit Haji Wahab pada satu Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPR Amanjaya Parit Haji Wahab yang disempurnakan Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri.

Turut hadir pada majlis penyerahan kunci rumah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP), Mohammed Nasser Abdul Razak.

Beliau yang ditemui semasa sidang media berkata, mereka yang menerima kunci ini merupakan individu yang telah berjaya melunaskan sebahagian besar harga seunit rumah bernilai RM 42,000 melalui caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala baki bagi 90 pemohon yang layak pula masih menunggu kelulusan pinjaman perumahan daripada pihak bank.

Pelaksanaan PPR Amanjaya Parit Haji Wahab, di sini dibina atas tanah seluas 11.87 ekar dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Lot 3241 dan Lot 3242. Sebanyak 73 buah rumah dibina bagi PPR Amanjaya I dan 27 unit rumah PPR Amanjaya II, Parit Haji Wahab yang terdiri dari rumah teres satu tingkat dengan saiz keluasan keseluruhan 1,300 kaki persegi.

Keluasan binaan bagi setiap unit rumah yang mempunyai keluasan binaan 850 kaki persegi merangkumi ruang tamu, ruang makan, dapur, tiga bilik tidur dan dua tandas. Program Perumahan yang dibangunkan oleh kerajaan negeri yang bertujuan untuk penyediaan kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah khususnya golongan muda yang tidak mampu memiliki rumah yang dijual oleh pemaju swasta. Tidak ketinggalan juga kerajaan negeri turut menghargai jasa dan pengorbanan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menawarkan 10 unit rumah kepada persatuan ATM.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LPHP Encik Mohammed Nasser Abdul Razak, beliau menegaskan LPHP akan membina 1,200 unit rumah Amanjaya tahun ini dan tahun depan di setiap daerah Negeri Perak. 

Majlis Penyerahan Kunci PPR Amanjaya Parit Haji Wahab

Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPR Amanjaya Parit Haji Wahab.

Majlis Penyerahan Kunci PPR Amanjaya Parit Haji Wahab

Salah seorang pemohon yang layak mendaftar di meja urusetia sebelum majlis penyerahan kunci rumah berlangsung.

Majlis Penyerahan Kunci PPR Amanjaya Parit Haji Wahab

Pemohon yang telah menerima kunci rumah PPR Amanjaya Parit Haji Wahab memasuki dan melihat rumah baru mereka bersama keluarga.

Majlis Penyerahan Kunci PPR Amanjaya Parit Haji Wahab

PPR Amanjaya I dan PPR Amanjaya II, Parit Haji Wahab yang terdiri daripada rumah teres satu tingkat dengan saiz keluasan keseluruhan 1,300 kaki persegi.

Majlis Penyerahan Kunci PPR Amanjaya Parit Haji Wahab

Kemudahan taman permainan untuk kanak-kanak turut disediakan pihak LPHP di PPR Amanjaya Parit Haji Wahab.

Sumber : Korporat, SUK Perak.