Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Majlis Penyerahan Bubur Kerajaan Negeri Perak 2017 : 13 Jun 2017

Majlis Penyerahan Bubur Kerajaan Negeri Perak 2017

Kakitangan dari bahagian Kerajaan Tempatan turut bersama-sama memasak dan menyediakan bubur lambuk sebelum diagihkan.

IPOH, 13 JUN 2017 - Bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan tahun ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK), telah mengedarkan sebanyak 3000 bekas bubur lambuk kepada warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan termasuk Pejabat Penasihat Undang-Undang dan Pejabat Kewangan Negeri.

Selain warga Bangunan Perak Darul Ridzuan, pengagihan bubur lambuk turut melibatkan 17 jabatan-jabatan sekitar seperti Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Pertanian, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Perak, Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Perak, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Lembaga Air Perak, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Tourism Perak dan Perak Tourism Malaysia.

Majlis penyerahan bubur lambuk disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abd Kadir di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, EXCO Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.

Terdahulu, sebelum majlis penyerahan bubur lambuk, warga kerja Bangunan Perak Darul Ridzuan telah bergotong-royong seawal jam 8.00 pagi bagi menyediakan dan memasak sebanyak sepuluh periuk bubur lambuk di pekarangan parkir bas, Bangunan Perak Darul Ridzuan sebelum diisi ke dalam kotak plastik untuk diagihkan.

Majlis Penyerahan Bubur Kerajaan Negeri Perak 2017

Kakitangan dari Bahagian Khidmat Pengurusan menyedia dan membersihkan bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam bubur lambuk.

Majlis Penyerahan Bubur Kerajaan Negeri Perak 2017

Kakitangan Unit Perancang Ekonomi Negeri bergotong-royong memotong bahan-bahan bagi penyedian bubur lambuk.

Majlis Penyerahan Bubur Kerajaan Negeri Perak 2017

Petugas dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ketika proses mengacau bubur lambuk di perkarangan parkir bas, Bangunan Perak Darul Ridzuan..

Majlis Penyerahan Bubur Kerajaan Negeri Perak 2017

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir menyampaikan ucapan sempena Majlis Pengagihan Bubur Lambuk Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Majlis Penyerahan Bubur Kerajaan Negeri Perak 2017

YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir menyerahkan bubur lambuk kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.