Sabtu, 26 Mei 2018
 
  • Kemaskini Terakhir:25 Mei 2018
 
lain

Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika berucap dalam Sidang DUN Perak.

IPOH, 8 OGOS 2017 - Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) berjalan lancar.

Sidang Dun yang bermula sekitar jam 10 pagi itu berjaya dikawal dengan baik oleh Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB Thangasvari Suppiah selain turut dihadiri semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pihak kerajaan dan pembangkang.

Dalam sidang Dun itu juga, YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir telah mengemukakan jawapan berkaitan usaha dan pendekatan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Perak dalam memacu pembangunan ekonomi Negeri melalui Pelan Pembangunan Perak Amanjaya (PAJ).

Beliau turut berpendapat PAJ yang telah dirangka sejak 2010 itu akan dilaksanakan secara berterusan selain mempunyai indikator prestasi bagi menilai dan memastikan pembangunan ekonomi di Perak sentiasa berada pada tahap terbaik.

Selain itu, Sidang Dun berkenaan yang berakhir sekitar jam 2.30 petang turut dihadiri oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Rohana Binti Abd Malek dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan

YB Thangasvari Suppiah ketika melangkah masuk bagi memulakan sesi Sidang DUN Perak.

Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika menjawab persoalan yang dikemukakan pihak pembangkang  dalam sesi Sidang DUN Perak berlangsung.

Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan

Suasana ketika Sidang DUN Perak berlangsung.

Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika berucap dalam sidang media selepas sesi Sidang DUN Perak ditangguhkan.

Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan

 YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir bersama YB Thangasvari Suppiah bergambar bersama ADUN daripada pihak kerajaan dan pembangkang.

Sumber : Korporat, SUK Perak.