Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula : 12 September 2017

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berucap dalam perasmian PIDD.

IPOH, 12 SEPTEMBER 2017 - Kaedah umum yang digunakan untuk menilai pembangunan dan kemajuan manusia di negara ini harus dikaji semula untuk menangani pelbagai isu seperti kesejahteraan sosial, pembangunan serta kemanusiaan, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah prestasi ekonomi negara secara tradisinya diukur berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta indeks pembangunan manusia untuk menilai pelbagai kebajikan sosial termasuk kesihatan dan pendidikan.

“Kita harus menyedari bahawa pelbagai penunjuk yang lebih luas diperlukan untuk memantau trend pembangunan dan kemakmuran,” titah baginda pada perasmian Dialog Pangkor 2017 (PD 2017).

Acara dua hari itu yang bertemakan ‘Memacu Masa Hadapan : Landasan Inovatif Ke Arah Pembangunan Mampan' anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) itu merupakan platform untuk membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan sosioekonomi dan kelestarian.

Sultan Nazrin Shah juga menarik perhatian bahawa banyak pekerjaan yang didapati sekarang mungkin tidak lagi wujud pada masa depan disebabkan oleh teknologi baharu pada masa kini.

“Satu kajian menunjukkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 700 kategori pekerjaan berlainan sekarang, mungkin sepenuhnya automatik pada tahun-tahun akan datang,” titah Sultan.

Baginda turut menekankan bahawa modul pembiayaan baharu diperlukan untuk menggerakkan sumber yang mencukupi sekali gus menutup jurang pembiayaan pembangunan dan kemanusiaan.

“Beta ingin mencadangkan peranan kewangan Islam adalah amat penting. Daripada krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia hari ini, 90 peratus berlaku di negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan 31 daripada 33 konflik hari ini berlaku di negara majoriti Islam,” titah baginda.

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melawat antara gerai jualan pelbagai barangan yang dibuka sepanjang PIDD berlangsung.

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli menandatangani buku daripada salah seorang peserta yang hadir dalam PIDD.

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tekun mendengar penjelasan berkaitan pembangunan yang bakal dibangunkan di Perak.

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dan YBhg Ketua Eksekutif IDR, Dr Mazlan Bin Khamis menyampaikan sijil pengiktirafan kepada salah seorang peserta PIDD 2017.

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir menyampaikan sijil penghargaan kepada panelis jemputan yang menjayakan PIDD 2017.

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula

YAB Menteri Besar Perak, YB Menteri Belia dan Sukan dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak antara tetamu kehormat yang hadir pada penutupan PIDD 2017.

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula

YAB Menteri Besar, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika berucap dalam perasmian PIDD.

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula

YB Menteri Belia dan Sukan, Khairy Bin Jamaluddin ketika berucap dalam PIDD 2017.

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula

YB Menteri Belia dan Sukan, Khairy Bin Jamaluddin menandatangani buku selaku jemputan khas pada PIDD 2017.

DYMM Sultan Perak Mahu Kaedah Menilai Pembangunan, Kemajuan Manusia Dikaji Semula

YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Asyraf Wajdi Bin Dusuki antara panelis jemputan yang hadir dalam PIDD 2017.

Sumber : Korporat, SUK Perak.