Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak : 2 Oktober 2017

Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melakukan kawalan kehormat ketika Hari Pahlawan yang berlangsung di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IPOH 2 OKTOBER – DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak 2017 yang berlangsung di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Turut berangkat DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Turut hadir YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan barisan Exco Kerajaan Negeri Perak.

Pada upacara yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai itu, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang disertai tiga pegawai kanan dan 102 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Satu Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Pancaragam Akademi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ipoh merupakan pancaragam pengiring pada sambutan berkenaan.

Selain itu, Koperal Encik Kamarulzaman Bin Mat Rashid dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah mendeklamasikan sajak berjudul “Pahlawanku”.

Seterusnya, lagu kebesaran Negeri Perak dimainkan sebelum kawalan kehormatan utama keluar perbarisan menandakan penghujung upacara.

Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melakukan tabik hormat sempena sambutan upacara Hari Pahlawan 2017 yang diadakan di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak

Keberangkatan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan.

Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak

Ahli Pancaragam Akademi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan pancaragam pengiring dalam upacara Hari Pahlawan 2017 yang dianjurkan.

Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak

Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara badan beruniform yang turut mengadakan persembahan dalam upacara Hari Pahlawan 2017.

Sumber : Korporat, SUK Perak.