Sabtu, 18 November 2017
 
  • Kemaskini Terakhir:17 November 2017
 
lain

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sertai Larian Hari Keputeraan

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melambaikan tangan kepada rakyat jelata sempena larian Hari Keputeraan berkenaan.

KUALA KANGSAR, 12 NOVEMBER 2017 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2017 di Dataran Pavillion.

Turut menyertai larian, YTM Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah dan puteri Sultan Perak, YTM Raja Nazira Safya.

Hadir sama ke majlis tersebut, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan serta barisan Exco Kerajan Negeri Perak.

Larian yang memasuki kali ketiga penganjuran sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang disambut 3 November lalu, menyaksikan lebih 6,000 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan melakukan pelepasan peserta larian pada jam 7 pagi membabitkan kategori 15 kilometer (km) dan 10km.

Pelepasan peserta kategori pelajar sejauh 7km pula dilepaskan oleh YTM Raja Azlan Muzaffar Shah dan diikuti dengan pelepasan bagi kategori tetamu kehormat yang membabitkan jarak 2km oleh adinda Sultan Nazrin, YAM Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Acara bermula seawal jam 6.20 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran pelakon Malaysia yang menempa nama di persada antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sertai Larian Hari Keputeraan

DYMM Tunku Zara Salim turut bersama dalam menjayakan larian Hari keputeraan tersebut.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sertai Larian Hari Keputeraan

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika ditemui semasa larian Hari keputeraan Baginda.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sertai Larian Hari Keputeraan

DYMM Tunku Zara Salim berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang menyertai larian Hari keputeraan tersebut.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sertai Larian Hari Keputeraan

Antara persembahan yang disembahkan kepada DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena larian Hari keputeraan di Kuala Kangsar.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sertai Larian Hari Keputeraan

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika ditemui pada acara larian Hari keputeraan baginda.

Sumber : Korporat, SUK Perak.