Sabtu, 18 November 2017
 
  • Kemaskini Terakhir:17 November 2017
 
lain

Program Ace, Medium Hasilkan Murid Cemerlang Untuk UPSR

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika merasmikan majlis yang dianjurkan Yayasan Perak itu.

IPOH, 13 NOVEMBER 2017 - Seramai 408 murid sekolah rendah seluruh negeri akan dipilih bagi menyertai program “Anak Cemerlang Amanjaya” (ACe) yang bakal dilaksana awal tahun depan, bertujuan membantu mereka meraih pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pengerusi Yayasan Perak, YB Dato’ Mohamad Daud Bin Mohd Yusoff berkata, setiap daripada murid yang terpilih akan menerima bantuan insentif sebanyak RM1,000 secara berperingkat meliputi barang keperluan sekolah, wang saku dan sebagainya.

 “Program ini akan melibatkan penyertaan 203 murid tahun lima dan 206 murid tahun enam dari seluruh negeri Perak.

Antara kriteria yang diwajibkan adalah mereka perlu bermastautin di Perak selama 10 tahun, murid daripada keluarga kategori B40 dan perlu mencapai keputusan minimum 2A, 2B dan 1C bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Program Apresiasi dan Inspirasi Kecemerlangan dan Anugerah Huffaz Yayasan Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Terdahulu, program yang julung kali diadakan selain mendapat kerjasama kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Jabatan Pendidikan Negeri itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Ghazali Bin Jalal.

Beliau berkata, sekiranya berjaya mencapai keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR, setiap daripada murid berkenaan juga akan menerima sumbangan RM300 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

“Untuk SSPN pula, RM300 itu akan diberikan kepada mereka yang berjaya meraih 5A dalam UPSR dan ia sebagai penghargaan kepada mereka kerana bertungkus-lumus mengekalkan keputusan cemerlang,” katanya.

Katanya, melalui program ACe itu setiap pelajar akan dipantau berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam peperiksaan akhir tahun di sekolah dan percubaan UPSR.

“Jika dalam kedua-dua peperiksaan itu mereka gagal untuk meraih keputusan cemerlang, maka secara automatik nama akan dikeluarkan daripada senarai program ACe dan akan digantikan dengan murid baru,” katanya.

Program Ace, Medium Hasilkan Murid Cemerlang Untuk UPSR

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir menyampaikan sijil penghargaan kepada Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Ezry A'zamin yang telah muncul juara dunia bagi acara Muay Thai kategori 33kg kejoh.

Program Ace, Medium Hasilkan Murid Cemerlang Untuk UPSR

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir menyampaikan replika cek kepada Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah yang telah memenangi Eureka Best Contigent Award (EIE) 2016.

Program Ace, Medium Hasilkan Murid Cemerlang Untuk UPSR

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir berkata sesuatu kepada peserta yang terlibat dalam majlis berkenaan.

Program Ace, Medium Hasilkan Murid Cemerlang Untuk UPSR

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir bersama semua peserta yang terlibat dalam majlis berkenaan.

Sumber : Korporat, SUK Perak.