Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Seramai 262 Pesara Kerajaan Dirai Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2017 : 16 November 2017

Seramai 262 Pesara Kerajaan Dirai Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2017

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir berucap dalam majlis tersebut.

IPOH, 16 NOVEMBER 2017 - Seramai 262 individu terdiri daripada pesara kerajaan dirai dalam Majlis Jasamu Dikenang 2017 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Amanjaya Convention Centre 1 & 2, Hotel Casuarina@Meru.

Dalam majlis yang disempurnakan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir itu, setiap pesara terdiri daripada bekas kakitangan Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun  menerima insentif sebanyak RM3,000 seorang daripada Kerajaan Negeri Perak.

Bagi 192 pesara bumiputera, insentif tersebut diberikan dalam bentuk Sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) manakala 34 pesara lain terdiri daripada kaum bukan Bumiputera menerimanya melalui Sijil Simpanan Premium (SSP).

Insentif itu diberikan bertujuan menghargai jasa setiap pesara berkenaan yang telah menabur bakti dan berkhidmat dengan kerajaan lebih daripada 20 tahun.

Selain itu, majlis terbabit turut dilangsungkan bagi meraikan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan yang telah bertukar ke luar dari Perak.

Seramai 262 Pesara Kerajaan Dirai Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2017

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir merupakan tetamu kehormat yang hadir merasmikan majlis tersebut.

Seramai 262 Pesara Kerajaan Dirai Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2017

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pesara yang hadir dalam majlis berkenaan.

Seramai 262 Pesara Kerajaan Dirai Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2017

Bekas Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak, Dato' Syed Mokhtar Bin Syed Idris ketika berucap dalam majlis tersebut.

Seramai 262 Pesara Kerajaan Dirai Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2017

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada Dato' Syed Mokhtar Bin Syed Idris dalam majlis tersebut.

Seramai 262 Pesara Kerajaan Dirai Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2017

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir menyantuni para pesara yang hadir dalam majlis tersebut.

Sumber : Korporat, SUK Perak.