Isnin, 18 Disember 2017
 
  • Kemaskini Terakhir:18 Disember 2017
 
lain

Bajet 2018 Perak Sedia Peruntukan RM1.17 Bilion

YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir ketika berucap dalam Sidang DUN Perak.

IPOH, 21 NOVEMBER 2017 - Kerajaan Negeri Perak menyediakan peruntukan sebanyak RM1.17 bilion dalam Bajet Negeri Perak 2018 yang bertujuan untuk kesinambungan pembangunan negeri dan pengupayaan ekonomi rakyat.

Bertemakan Rakyat Aman dan Jaya, bajet yang dibentangkan YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir itu memperuntukkan RM755.5 juta bagi perbelanjaan mengurus manakala RM421.28 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

"Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM358.5 juta untuk emolumen, perkhidmatan dan bekalan (RM259.5 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM120.66 juta), pembelian aset (RM14.5 juta) serta RM2.4 juta untuk lain-lain perbelanjaan.

"Manakala di bawah perbelanjaan pembangunan, RM196.16 juta diperuntukkan bagi memacu ekonomi negeri, memakmur, menyejahterakan dan mengupayakan sara diri rakyat (RM103.26 juta), melahirkan masyarakat berilmu dan generasi cemerlang (RM92.26 juta) dan RM29.6 juta untuk kelestarian sumber dan khazanah negeri," kata beliau.

Beliau berkata, bajet itu turut memberi lima fokus utama iaitu Memacu Pembangunan dan Ekonomi Negeri, Memakmur dan Mensejahterakan Rakyat, Melahirkan Masyarakat Berilmu dan Generasi Cemerlang, Mengupayakan Sara Diri Rakyat serta Memulihara Kelestarian Sumber dan Khazanah Negeri.

“Ia diolah dengan iltizam dan tujuan, demi kemakmuran serta kesejahteraan, Perak aman dan jaya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, tambah beliau, unjuran hasil dan terimaan pembangunan adalah sebanyak RM1.08 bilion bagi tahun 2018.

Katanya, walaupun unjuran awal mencatatkan defisit, tetapi berdasarkan pengalaman sejak tujuh tahun lalu, beliau optimis ia akan berakhir dengan lebihan.

"Kita akan mencari sumber baru dan menggunakan kaedah lebih kreatif untuk menambah pendapatan negeri, tanpa kenaikan cukai," katanya sambil menambah, antara sumber pendapatan itu ialah hasil mineral dan sumber air bawah tanah.

Bajet 2018 Perak Sedia Peruntukan RM1.17 Bilion

YB Speaker Dato' S.Thangesvary ketika memulakan sesi Sidang DUN.

Bajet 2018 Perak Sedia Peruntukan RM1.17 Bilion

ADUN dan pegawai kerajaan ketika membaca doa sebelum Sidang DUN Perak bermula.

Bajet 2018 Perak Sedia Peruntukan RM1.17 Bilion

Antara pegawai kerajaan yang menjadi pemerhati dalam Sidang DUN yang diadakan.

Bajet 2018 Perak Sedia Peruntukan RM1.17 Bilion

YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir bersama YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Ghazali Bin Jalal.

Sumber : Korporat, SUK Perak.