Khamis, 19 Julai 2018
 
  • Kemaskini Terakhir:18 Julai 2018
 
lain

Kakitangan Pejabat Kewangan Negeri Akan Dikenakan Tindakan Jika Bocor Rahsia Kerajaan

Kakitangan Pejabat Kewangan Negeri melafazkan Ikrar Perakuan Akta Rahsia Rasmi.

IPOH, 9 JANUARI 2018 - Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana kakitangan Pejabat Kewangan Negeri yang membocorkan maklumat sulit kerajaan kepada pihak tidak bertanggungjawab.

YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Mohd Gazali Bin Jalal berkata, perkara itu perlu diberikan perhatian kerana ia melanggar ikrar dan Aku Janji Perkhidmatan Awam yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Perkara ini diingatkan kerana ada di kalangan penjawat awam yang dikesan menjadi dalang dalam penyebaran dokumen perolehan kerajaan selain program lawatan rasmi pemimpin negara di media sosial.

“Ia perlu dielakkan kerana prinsip akauntabiliti dan integriti penting selain perlu dihayati sekali gus dijadikan amalan oleh setiap penjawat awam,” katanya ketika berucap dalam sesi menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Surat Akuan Oleh Penjawat Awam Yang Terlibat Dalam Perolehan (Intergrity Pact) dan Ceramah Integriti di Bilik Gerakan.

Turut hadir, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Puan Emillia Rosnizar Binti Ahmad Hanipiah, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri Kanan, Puan Tengku Siliawati Binti Tengku Salim, dan Pegawai-Pegawai Kanan.

Beliau berkata, prinsip akauntabiliti dan integriti memainkan peranan utama dalam menyumbang ke arah peningkatan kualiti selain imej sesebuah agensi kerajaan.

“Ia juga merupakan prasyarat bagi mendapatkan keyakinan orang awam ke atas perkhidmatan yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Selain itu, Dato’ Haji Mohd Gazali Bin Jalal berkata, sekiranya kedua-dua prinsip itu tidak dititikberatkan dalam pengurusan kewangan, ia akan memudahkan penyelewengan, salah laku, penipuan dan rasuah berlaku.

Kakitangan Pejabat Kewangan Negeri Akan Dikenakan Tindakan Jika Bocor Rahsia Kerajaan

YB Dato' Haji Mohd. Gazali Bin Jalal menandatangani Ikrar Perakuan Akta Rahsia Rasmi.

Kakitangan Pejabat Kewangan Negeri Akan Dikenakan Tindakan Jika Bocor Rahsia Kerajaan

Ceramah Akta Rahsia Rasmi 1972 oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Negeri Perak.  

Kakitangan Pejabat Kewangan Negeri Akan Dikenakan Tindakan Jika Bocor Rahsia Kerajaan

Ceramah integriti oleh SPRM Negeri Perak '' Rasuah - Penyelewengan Dan Salah Guna Kuasa '' .

Kakitangan Pejabat Kewangan Negeri Akan Dikenakan Tindakan Jika Bocor Rahsia Kerajaan

YB Dato' Haji Mohd. Gazali Bin Jalal bersama kakitangan Pejabat Kewangan Negeri melafazkan Ikrar Perakuan Akta Rahsia Rasmi.

Sumber : Korporat, SUK Perak.