Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

EKSA Perkukuh Budaya Organisasi Berprestasi Tinggi Dikalangan Penjawat Awam : 9 Februari 2018

Eksa Perkukuh Budaya Organisasi Berprestasi Tinggi Dikalangan Penjawat Awam

Encik Lim Chai Chong sedang memberikan ucapan ketika majlis penutup EKSA.

IPOH, 9 FEBRUARI 2018 - Majlis Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah dilaksanakan selama dua hari bermula 8 Februari lalu, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Dalam program berkenaan, seramai tiga auditor daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) iaitu Encik Lim Chai Chong, Encik Zulkifkly Bin Abdul Malik serta Puan Nur Amalina Binti Zakaria telah melakukan kerja-kerja pengauditan di lapan bahagian yang terdapat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Antara lapan bahagian itu adalah Audit Dalam, Korporat, DUN & MMK, Khidmat Pengurusan, Sumber Manusia, Unit Perancang Ekonomi Perak (UPEN), Bahagian Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Maklumat.

Menurut Encik Zulkifly, EKSA dilaksanakan untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Beliau berkata, EKSA yang diperkenalkan juga bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

“Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat dan menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan.

“Selain itu, EKSA juga menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan,” ujar beliau ketika berucap pada Mesyuarat Penutupan Pengauditan EKSA di Bilik Mesyuarat Utama.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg Dato’ Abu Bakar Bin Haji Said.

Selain itu, mengulas mengenai kerja pengauditan yang telah dilaksanakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, beliau berkata, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan penilaian yang dibuat.

Beliau berkata, antara komponen yang menjadi penilaian pihaknya adalah keperluan utama pelaksanaan, ruang tempat kerja, tempat umum, keselamatan persekitaran dan kawasan persekitaran jabatan.

Eksa Perkukuh Budaya Organisasi Berprestasi Tinggi Dikalangan Penjawat Awam

Encik Lim Chai Chong sedang melakukan penelitian terhadap peralatan yang terdapat di Zon Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT).

Eksa Perkukuh Budaya Organisasi Berprestasi Tinggi Dikalangan Penjawat Awam

Encik Lim Chai Chong sedang memeriksa sudut kitar semula yang terdapat di Zon Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT).

Eksa Perkukuh Budaya Organisasi Berprestasi Tinggi Dikalangan Penjawat Awam

Puan Nur Amalina Binti Zakaria sedang meneliti tahap kekemasan yang terdapat pada almari di Zon Twilight dalam Bahagian Korporat.

Eksa Perkukuh Budaya Organisasi Berprestasi Tinggi Dikalangan Penjawat Awam

Encik Zulkifkly Bin Abdul Malik tekun mendengar penerangan daripada Ketua Zon Akasia di Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

Eksa Perkukuh Budaya Organisasi Berprestasi Tinggi Dikalangan Penjawat Awam

Encik Lim Chai Chong sedang memeriksa laci meja salah seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Eksa Perkukuh Budaya Organisasi Berprestasi Tinggi Dikalangan Penjawat Awam

YBhg Dato' Abu Bakar Bin Haji Said, Setiausaha Bahagian, Ketua Zon bersama panel penilai daripada MAMPU yang menjalankan kerja pengauditan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Sumber : Korporat, SUK Perak.