Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi Siap April Depan : 22 Februari 2018

Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi Siap April Depan

YAB Menteri Besar Perak melancarkan gimik pelancaran majlis pecah tanah kompleks taman rekreasi tersebut.

IPOH, 22 FEBRUARI 2018 - Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi, yang menelan belanja hampir RM500,000 dan berkeluasan sekitar 2.4 hektar bakal siap sepenuhnya menjelang April depan.

YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Haji Mohamad Ziad Bin Mohamed Zainal Abidin berkata, fasa pertama membabitkan pembinaan kompleks itu telah bermula sejak minggu lalu selain  tertumpu kepada proses perobohan struktur fizikal dan pembersihan kawasan sekitar.

"Kita telah mula sejak awal minggu lalu di mana kerja-kerja pembersihan tertumpu kepada perobohan sebuah bangunan usang dan kawasan semak samun yang terdapat di kawasan tersebut. 

"Alhamdulillah, ke semuanya berjalan lancar dan selepas ini kita akan tumpukan kepada pembinaan kompleks berkenaan yang dijangka siap sepenuhnya April ini," ujar beliau ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Mini Stadium Sungai Tapah. 

Hadir sama YAB Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Dato’ Amiruddin Bin Haji Md Hanapiah.

Beliau berkata, kompleks itu nanti akan dilengkapi dengan kemudahan seperti trek joging, jeti, taman permainan kanak-kanak, kawasan refleksologi dan sebagainya. 

"Yang uniknya, taman rekreasi ini sesuai untuk semua lapisan di mana peralatan seperti buaian dan jongkang-jongket yang menjadi permainan kanak-kanak turut boleh digunakan sama oleh orang dewasa untuk tujuan riadah," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun menegaskan proses penyelenggaraan kompleks itu nanti akan tertakluk di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). 

"Ini disebabkan MBI telah menjadi pemilik kawasan itu setelah Pejabat Tanah dan Daerah Kinta memberikan kelulusan kepada mereka melalui pewartaan kawasan tersebut sebagai kawasan pembangunan," kata beliau. 

Dalam perkembangan berkaitan,  beliau percaya kompleks itu juga nanti akan memberi manfaat kepada 30,000 penduduk yang mendiami Gugusan Manjoi untuk melakukan pelbagai aktiviti sihat di kawasan berkenaan. 

"Pembinaan kompleks ini juga dibuat selepas kita mengadakan sesi dialog bersama sebahagian besar masyarakat di sini, dan rata-rata bersetuju untuk dilaksanakan memandangkan sebelum ini ia hanya menjadi tempat melakukan kegiatan tidak bermoral," ujar beliau.

Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi Siap April Depan

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir ketika melakukan Ziarah Kasih di sekitar kawasan Manjoi.

Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi Siap April Depan

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir melihat cadangan membina Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi yang dijangka siap April depan.

Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi Siap April Depan

YAB Menteri Besar Perak hadir merasmikan Papan Tanda Anti Dadah di Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan 2.

Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi Siap April Depan

YAB Menteri Besar Perak menyarungkan apron kepada salah seorang peniaga di pasar pagi tersebut.

Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi Siap April Depan

YAB Menteri Besar Perak bersama antara pihak yang terlibat dalam menjayakan walkabout di sekitar kawasan Manjoi.

Kompleks Taman Rekreasi Awam Gugusan Manjoi Siap April Depan

YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir ketika melakukan lawatan di Pasar Pagi Manjoi.

Sumber : Korporat, SUK Perak.

Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Rabu 28 Oktober 2020, 16:47:17.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.
Senarai Direktori
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DiSINI >>
 
Direktori Umum
stars Direktori 2020 Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
stars Senarai Ketua-Ketua Jabatan Negeri / Pejabat Daerah dan Tanah / Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak

 

 

Galeri Arkib

Berikut adalah himpunan-himpunan Arkib :

arkib Arkib Berita arkib Arkib Dasar/Polisi

 

Statistik / Perangkaan

Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.

transaksi online Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online
ppp Pencapaian Piagam Pelanggan
ppp Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan
ppp Kajian Kepuasan Pekerja
Aduan Rakyat
Sebarang aduan di Negeri Perak hendaklah menerusi saluran yang disediakan disini

Pihak kami akan menjawab semua kiriman dalam tempoh 5 hari bekerja. Terima kasih.

Klik Disini: e-Aduan Perak
QR Code

https://www.perak.gov.my

Pautan Agensi

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan)

YBrs. Puan Nor Sham Binti RahmanJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBrs. Puan Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

ss suaidiJawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan)

TIMBALAN UPENJawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) – Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat dibeberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Peyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Agency Links

People's Complaints

Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here

We will reply all post within 5 working days. Thank you.

Click Here: e-Aduan Perak

Directory List
Perak SUK Office Staff Directory System
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >>
 
General Directory
stars 2020 Directory of Perak Darul Ridzuan State Government Offices
stars List of Heads of State Departments / District and Land Offices / Perak Local Authorities

 

Statistics / Analysis

The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.

transaksi online Online Service Transaction Number Report
ppp Client Charter Achievement
ppp Customer Satisfaction Survey Report
ppp Employee Satisfaction Survey
Archive Gallery

Here are the archive collections :

arkib News Archive arkib Policy Archive